KUALA LUMPUR: Berpeluang mengembara ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam masa 36 jam, pastinya meninggalkan satu kenangan manis yang tidak boleh dilupakan.
Tambahan pula, dilaksanakan melalui acara rali ketahanan menggunakan kenderaan klasik dan antik daripada berbagai-bagai jenama menerusi program Rentas Peninsular 2023 dianjurkan kelab kereta klasik, Practical Classic Drivers, yang diasaskan secara bersama oleh R. Premkumar dan Dr Haridev Devdas, baru-baru ini.
Rentas Peninsular 2023 menawarkan peluang untuk peserta merentasi Semenanjung dengan melalui beberapa jalan pedalaman dan lebuh raya serta peluang bertemu penduduk tempatan, mempelajari budaya dan mengunjungi kawasan pelancongan menarik yang sebelum ini tidak pernah dilihat pelancong tempatan mahupun luar negara.
Ia diinspirasikan daripada acara merentas negara Cannonball Run menggunakan kereta klasik, yang dijayakan di Amerika Syarikat, selepas kejayaan besar filem The Cannonball Run yang popular pada zaman 80 hingga 90-an.
Menurut Premkumar, 41, seramai 30 peserta dari dalam dan luar negara membabitkan 18 kenderaan klasik menyertai acara Rentas Peninsular 2023 yang julung kali diadakan itu.
Antara kenderaan klasik yang turut serta ialah Saab 900 16v turbo, Mercedes Benz, Jaguar XJS, Range Rover Classic, Volkswagen Transporter, Volkswagen Beetle, Ford Escort Mk2 1300GT dan BMW E36 328i sambil diiringi kenderaan keselamatan, BMW E92 330ci.
"Matlamatnya adalah untuk merentasi kesemua negeri di Semenanjung Malaysia dalam masa yang ditetapkan iaitu antara 36 hingga 48 jam melalui jurang pemanduan 1,600 kilometer.
"Kami tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan sebaliknya menggalakkan peserta membuat sumbangan terus ke dalam akaun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipilih sebagai satu acara amal," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
Premkumar berkata perjalanan pengembaraan mereka dilepaskan secara berperingkat bermula dari Ipoh, Perak dan berakhir di Perlis pada keesokan harinya, dalam tempoh 36 jam.
"Laluan antara Bandar Muadzam Shah, Pahang ke arah Segamat, Johor sangat mencabar. Kami harus berhati-hati menempuhi jalan gelap. Selain terdapat kerosakan teruk (pada jalan raya), kami perlu menempuhi kesesakan trafik terutama daripada lori treler membawa muatan penuh. Jalan itu sungguh menakutkan untuk dilalui pada waktu malam.
"Kami juga menghadapi masalah apabila ada kereta mengalami kerosakan angkup brek belakang, tayar bocor, kerosakan meter minyak selain ada kereta yang memerlukan penyelenggaraan semula talian kipas, namun ia segera diatasi dengan baik," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata pengembaraan itu juga memberi kepuasan tersendiri apabila berpeluang menikmati pemandangan indah dan merasai pengalaman pelbagai budaya di setiap negeri.
Bertepatan dengan sasaran untuk mengembara sambil beramal, Premkumar berkata pengembaraan itu berjaya mengumpul sejumlah RM16,000 dan diserahkan kepada NGO yang menguruskan kesejahteraan haiwan iaitu PapanSouls di Papan, Perak.
"PapanSouls adalah sebuah NGO yang mengendalikan proses pemakanan, penyuntikan, pemandulan dan rawatan perubatan bagi anjing yang ditinggalkan di daerah Kinta, Perak," katanya.
Beliau berharap agar program pengembaraan sambil beramal itu dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi peluang kepada peserta meneroka dan melihat sendiri keindahan alam sekali gus mempromosikan negara kepada pelancong luar.
Premkumar berkata pihaknya turut merancang menganjurkan satu lagi program pemanduan amal, Rentas Pantai meliputi perjalanan 800 km dari Lumut, Perak ke Besut, Terengganu pada 24 hingga 26 Mei nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

30 peserta dari dalam dan luar negara membabitkan 18 kenderaan klasik menyertai acara Rentas Peninsular 2023. - Foto Facebook/Quadrifoglio Oro Preem
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Pameran kenderaan klasik keluarga diraja Johor sempena MBWM 2024
Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.'

Rentas Peninsular: Kembara kereta klasik 36 jam berjaya kumpul dana RM16,000
30 peserta dari dalam dan luar negara membabitkan 18 kenderaan klasik menyertai acara Rentas Peninsular 2023.