MELAKA: Kerajaan Melaka membawa kelainan sempena Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor'.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pameran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.
"Sebanyak 37 koleksi kenderaan automotif klasik keluarga Diraja Johor yang mempunyai nilai sejarah tidak ternilai seperti koleksi Mack Truck Scorpion, Morgan 3 Wheeler, Harley Davidson Street Glide Tiger dan banyak lagi koleksi kenderaan klasik yang sukar ditemui, untuk tatapan umum sebagai sebahagian pengisian program Malaysia Bike Week yang diadakan di Melaka.
"Saya percaya inisiatif penganjuran program seumpama ini akan memberi impak yang positif khususnya kepada pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus menjadikan Melaka sebagai hab destinasi pelancongan yang unggul berasaskan permotoran di peringkat nasional dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Malaysia Bike Week Melaka 2024 di Dataran Perbadanan Melaka (MCorp), Ayer Keroh, di sini, malam tadi.
Mengulas mengenai Malaysia Bike Week Melaka 2024, Ab Rauf berkata, acara itu merupakan kesinambungan penganjuran program serupa yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor pada 2019 yang menyaksikan kehadiran lebih 300,000 pengunjung.
Acara berkenaan akan berlangsung tiga hari bermula pada Jumaat dan berakhir Ahad ini.
"Saya menjemput semua untuk bersama-sama memeriahkan himpunan 100 kelab penunggang motosikal (bikers) dari seluruh Malaysia termasuk dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Indonesia dengan penyertaan 20,000 peserta pelbagai jenis kuasa motosikal.
"Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan khas untuk peminat-peminat dunia permotoran, antaranya, pameran motorsikal, Motor Drift, Bike Show, Cabutan Bertuah yang mana hadiah utama berupa sebuah kereta Proton X50 dan 10 motosikal serta banyak lagi aktiviti lain," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Kerajaan Melaka membawa kelainan sempena Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.' - Gambar fail Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pameran kenderaan klasik keluarga diraja Johor sempena MBWM 2024
Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.'

Rentas Peninsular: Kembara kereta klasik 36 jam berjaya kumpul dana RM16,000
30 peserta dari dalam dan luar negara membabitkan 18 kenderaan klasik menyertai acara Rentas Peninsular 2023.