SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan empat defendan termasuk kerajaan Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membayar ganti rugi berjumlah RM281,807.20 kepada keluarga renjer yang maut selepas terkena tembakan rakan setugas dalam operasi membasmi kera dalam hutan di Kampung Durian Daun di Rembau pada 2018.
Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan itu pada Isnin berhubung tuntutan saman yang dibuat isteri mendiang Cyril Quing iaitu, Winnona Simon serta dua anak, Callista Wanda Cyril dan Calliandra Wenzel Cyril pada tahun 2020.
Keluarga mendiang memfailkan saman terhadap empat defendan iaitu ketua operasi, Mohamad Hakim Mohamed Khairuddin, 35, Pengarah Perhilitan, Ketua Pengarah Perhilitan dan kerajaan Malaysia.
Peguam, Ahmad Nabilimran Ahmad Halimi yang mewakili keluarga mendiang berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif berjaya membuktikan tuntutannya di mana defendan pertama bertanggungjawab dalam menyebabkan kematian mendiang.
"Ini kerana, ketika operasi itu, mendiang berada di bawah jagaan dan tanggungjawab defendan untuk memastikan keselamatan dalam operasi yang melibatkan senjata api.
"Mahkamah juga memaklumkan defendan kedua, ketiga dan keempat turut bertanggungjawab atas kecuaian defendan pertama," katanya kepada media pada Selasa.
Ujarnya, mahkamah menetapkan bayaran RM165,307.20 untuk kehilangan tanggungan, RM10,000 untuk kedukaan, RM6,500 untuk kos pengebumian dan RM100,000 untuk kerosakan yang lebih teruk.
Tambahnya, mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman dan 2.5 peratus untuk ganti rugi khas dari tarikh kejadian (29.8.2018) sehingga tarikh penghakiman.
"Selain itu lima peratus ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh serta kos tindakan secara global sebanyak RM30,000," katanya.
Media pada 29 Ogos 2018 melaporkan kematian Cyril Quing, 35, ketika dia bersama 16 rakan setugas terbabit dalam operasi diadakan.
Bagaimanapun ketika operasi berkenaan, mangsa secara tiba-tiba berlari keluar hutan dan meminta bantuan rakan setugas lain kerana dia terkena tembakan di bahagian bahu kanan.
Mangsa kemudian dibawa tiga rakannya ke Klinik Kesihatan Rembau untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 13 2023
Mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman. - Gambar hiasan
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Renjer Perhilitan mati ditembak: Mahkamah arah bayar ganti rugi RM281,807
Mahkamah turut membenarkan faedah lima peratus untuk ganti rugi am dari tarikh penyampaian saman sehingga penghakiman.