Permainan Video Berperanan Berganda Dalam Talian atau lebih dikenali sebagai 'MMORPG' (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) semakin menjadi kegilaan remaja hingga mereka sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk melayarinya di kafe siber.
MMORPG merupakan sebuah genre dalam permainan video komputer yang membolehkan sekumpulan pemain berinteraksi antara satu sama lain dalam dunia maya dan mereka boleh mengawal watak dalam permainan serta menentukan tindakan yang dilakukan oleh watak berkenaan.
Kewujudan kafe siber yang menawarkan pakej serendah RM4 hingga RM5 bagi tempoh lima jam memburukkan lagi keadaan, apabila remaja cenderung menjadikan premis itu sebagai 'sarang' untuk mereka ponteng sekolah.
Walaupun hampir semua kafe siber meletakkan notis pelajar berpakaian sekolah tidak dibenarkan masuk ke premis, namun terdapat pelajar sekolah yang masih menjadikannya sebagai tempat untuk melepaskan 'gian' mereka.
Tinjauan Bernama di beberapa premis kafe siber sekitar Wangsa Maju mendapati terdapat kelibat kumpulan pelajar sekolah mengenakan T-shirt tetapi masih memakai seluar dan kasut sekolah, yang sedang ghairah dan riuh-rendah bermain permainan video itu tatkala rakan sebaya sedang mengikuti pelajaran di sekolah.
Seorang pelajar tingkatan tiga yang hanya ingin dikenali sebagai Wan, 15, berkata dia menghabiskan masa antara tiga hingga lima jam setiap minggu di kafe siber bersama empat rakan sekolah.
"Saya mula mengenali permainan MMORPG daripada rakan dua tahun lepas dan amat menyeronokkan apabila dapat bermain secara beramai-ramai. Kadang-kadang saya dan rakan-rakan ponteng sekolah tapi bukan selalu. Hanya satu atau dua kali seminggu, pada hari Isnin atau Jumaat sahaja," katanya kepada Bernama.
Wan berkata dia hanya menggunakan separuh belanja sekolah antara RM3 hingga RM5 untuk bermain permainan video bersama rakan-rakan kerana bimbang perkara itu akan diketahui oleh ibu bapanya.
"Setakat hari ini masih belum 'kantoi' lagi bang," katanya dengan senyuman sambil menghembus asap rokok apabila ditanya penulis di luar premis sebuah kafe siber.
Beliau berkata antara permainan video MMORPG yang menjadi kegemarannya ialah 'Dota 2', 'World of Warcraft', 'Clash of clans', 'Elder Scrolls Online'.
Presiden Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata masalah ponteng sekolah kerana berada di kafe siber bukan masalah baharu sebaliknya telah lama berlaku disebabkan pelajar terutama lelaki yang tidak mempunyai minat untuk belajar.
"Bagi mengatasi perkara itu adalah tidak cukup sekadar menghukum pelajar terbabit sebaliknya usaha menanam minat belajar dengan menukar corak pembelajaran adalah kaedah terbaik.
"Pihak berwajib perlu fikirkan kaedah terbaik untuk menarik minat golongan pelajar ini untuk belajar. Contohnya memperkenalkan mata pelajaran Teknikal dan Vokasional kepada pelajar terbabit kerana mereka tidak berminat dengan mata pelajaran bersifat akademik," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar ponteng adalah langkah yang baik.
Bernama
Wed Feb 04 2015
Antara permainan video MMORPG yang menjadi kegemaran pelajar sekolah ialah 'Dota 2', 'World of Warcraft', 'Clash of clans', 'Elder Scrolls Online'. -
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Remaja ponteng sekolah kerana ketagih permainan video di kafe siber
Permainan Video Berperanan Berganda Dalam Talian semakin menjadi kegilaan remaja hingga mereka sanggup ponteng sekolah.