KLANG: Gara-gara bunyi ekzos motosikal yang bising, seorang remaja dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di kawasan Menara Maju Klang di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu berlaku semasa remaja berusia 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss ditahan oleh seorang lelaki di lokasi terbabit.
"Mangsa ditampar dan dipukul. Beberapa rakan lelaki terbabit turut datang dan memukul remaja berkenaan menggunakan kayu serta topi keledar.
"Mangsa menghubungi ayahnya untuk meminta bantuan, namun setelah sampai, ayah mangsa turut dipukul oleh kumpulan terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan remaja berkenaan cedera di badan dan kepala manakala ayahnya luka di tangan.
Susulan itu, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Balai Klang, Inspektor Ahmad Afiq Rusli menahan enam lelaki berusia 17 hingga 45 tahun yang terlibat dalam kes terbabit kira-kira jam 11 malam di sekitar Klang, keesokan harinya.
"Soal siasat mendapati punca kejadian itu disebabkan remaja terbabit membunyikan ekzos motosikal dengan kuat," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Berita asal: Remaja dibelasah gara-gara ekzos motosikal bising
Sinar Harian
Thu Apr 22 2021

Gara-gara bunyi ekzos motosikal yang bising, seorang remaja dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di kawasan Menara Maju Klang. -Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lelaki dipukul gara-gara tegur bunyi ekzos kereta bising
Polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul individu yang menegurnya akibat bunyi bising ekzos kereta pada Selasa.

Padah ekzos bising, konvoi 52 motosikal disaman
Kumpulan motosikal itu ditahan ketika menuju ke sebuah kedai makan di Kampung Telaga, di sini, pada jam 12.18 tengah hari pada Ahad.

Remaja dibelasah gara-gara ekzos motosikal bising
Kejadian itu menyebabkan remaja berkenaan cedera di badan dan kepala manakala ayahnya luka di tangan.

Kesalahan ekzos bising hanya dikenakan tindakan advokasi setakat ini - Wee Ka Siong
Perkara itu telah dimaklumkan oleh beliau kepada Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim agar pesalah tidak dikenakan tindakan saman.

817 saman dikeluarkan menerusi Op Khas-Ekzos Bising
Kesemua saman terhadap individu berumur antara 13 dan 22 tahun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 4,440 kenderaan.

Polis Terengganu sasar pemilik motosikal ubah suai ekzos bising
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang dikesan melakukan kesalahan itu.