JOHOR BAHRU: Polis Johor mengeluarkan 817 saman kepada pemilik kenderaan di negeri ini hasil 110 operasi ‘Op Khas-Ekzos Bising’ yang dilancarkan sejak 1 hingga 14 Mac lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua saman terhadap individu berumur antara 13 hingga 22 tahun itu dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 4,440 kenderaan selepas polis bertindak atas aduan awam berhubung pengubahsuaian ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam.
“Operasi khas yang diadakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini turut menggempur Taman Kota Masai di sini yang terkenal dengan jolokan ‘kota wheelie’ kerana aktiviti lumba haram dan pengubahsuaian motosikal.
“Operasi di Taman Kota Masai ini sahaja sudah dilakukan sebanyak empat kali sejak 1 Mac hingga semalam,” katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena operasi terbabit di Taman Kota Masai di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah JAS Negeri Johor Dr Mohd Famey Yusof dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Supt M. Kumarasan.
Ayob Khan berkata selain saman, pihaknya turut menyita 276 kenderaan atas pelbagai kesalahan termasuk pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang manakala 138 kompaun melibatkan kesalahan mengikut JAS kerana pencemaran bunyi bising daripada ekzos kenderaan bermotor dan 146 kompaun mengikut pelbagai kesalahan JPJ turut dikeluarkan.
Menurutnya, kesalahan pengubahsuaian ekzos terbabit akan disiasat mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan/Penggunaan) 1959, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan, jika sabit kesalahan manakala tindakan sitaan dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ditanya mengenai segelintir pihak dan badan bukan kerajaan yang mempertikai penguatkuasaan oleh pihak berkuasa, Ayob Khan berkata kesemua operasi yang dilakukan itu adalah mengikut lunas undang-undang.
“Pengubahsuaian yang dijalankan terhadap kenderaan khususnya motosikal dianggarkan berharga antara RM4,000 dengan RM14,000 berbanding denda yang dikenakan hanyalah RM2,000.
“Jadi tidak timbul isu mereka yang melakukan kesalahan ini tidak boleh membayar denda tersebut kerana semua tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah berlandaskan kepada peruntukan undang-undang,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
Ayob Khan (kiri) hadir semasa Polis Johor mengeluarkan 817 saman kepada pemilik kenderaan di negeri ini hasil 110 operasi Op Khas-Ekzos Bising yang dilancarkan sejak 1 Mac. --fotoBERNAMA
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Keputusan permohonan MYAirline batal saman Malaysia Airports, 16 Ogos ini
Hakim Mahkamah Tinggi Gan Techiong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam kedua-dua belah pihak.
652 kemalangan kenderaan berat direkodkan suku pertama 2024
Daripada kemalangan itu, sebanyak 287 kes maut dicatatkan dengan 95 mangsa cedera parah dan 270 mangsa cedera ringan.
Ops Lejang: JPJ Kelantan keluar 241 notis kesalahan jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 241 notis termasuk saman dan sitaan atas pelbagai kesalahan jalan raya menerusi penguatkuasaan Ops Lejang.
Kecuaian perubatan: Bekas CEO Prolintas terima pampasan RM5.1 juta
Saman difailkan pada 2018 oleh plaintif terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah ENT serta pakar bius (defendan).
Bapa kanak-kanak 11 tahun pandu kereta di Sibu disaman
Tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu dibuat setelah kanak-kanak berkenaan berjaya dikesan petang semalam.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
914 saman dikeluarkan kepada warga asing dalam Operasi Lejang Bersepadu
Sebanyak 276 kenderaan disita termasuk 13 motosikal roda tiga dalam operasi dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.