PENGUMUMAN untuk meneruskan PdPR telah disampaikan oleh Datuk Dr Radzi Jidin pada ucapan baru-baru ini untuk meneruskan persekolahan sewaktu lockdown memerlukan pelaksanaan yang mementingkan keperluan dan kehendak pengguna.
PdPR ini perlu dilaksanakan oleh semua sekolah termasuklah sekolah kerajaan dan sekolah swasta.
Umum mengetahui usaha PdPR terus dilaksanakan untuk mengekang jangkitan varian baru dan sedia ada penyakit COVID-19.
Seolah-olah di dalam medan peperangan yang tidak dapat menjejaki musuh yang nyata, maka persediaan dan perlaksanaan PdPR di rumah adalah perlu untuk menyelamatkan nyawa para pelajar daripada jangkitan wabak penyakit yang merbahaya seperti COVID-19.
Namun, apakah pihak sekolah, para guru dan ibu-bapa sudah bersedia untuk melaksanakan kelangsungan PdPR tersebut?
Pendekatan reka bentuk pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan salah satu kaedah terbaik untuk meneruskan PdPR dengan menjadikan pelajar sebagai pengguna utama pelaksanaannya.
Sebelum pelaksanaan PdPR, analisa keperluan pelajar perlu dikenal pasti. Sebagai contoh, adakah mereka sudah bersedia dari segi mental, fizikal, emosi untuk meneruskan pembelajaran tersebut?
Daripada segi teknologi, apakah mereka sudah bersedia dengan mempunyai infrastruktur internet, data, perkakasan seperti teknologi mudah alih telefon pintar dan telefon riba dan perisian yang bersesuaian untuk PdPR.
Penuhi keperluan pelajar?
Pertama, adakah pelajar-pelajar mempunyai ruang dan susun atur yang ergonomik untuk belajar dan membuat latihan yang selesa untuk perlaksanaan PdPR sewaktu ia dijalankan.
Kedua, apakah mereka mempunyai kemahiran asas untuk menggunakan teknologi maklumat terutama dengan menggunakan perisian dan perkakasan berkaitan PdPR.
Bagaimanakah kesediaan mereka terhadap menyediakan dan menggunakan peralatan tersebut? Adakah mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi atau mereka datangnya daripada golongan B40.
Ketiga, bagaimanakah pula kesediaan guru-guru tersebut untuk perlaksanaan PdPR tersebut, adakah mereka juga mahir menggunakan perkakasan dan perisian ICT yang sepatutnya seperti penyediaan bahan-bahan untuk PdPR.
Keempat, bagaimanakah kesediaan ibu bapa untuk persediaan dan pelaksanaan PdPR, sama ada mereka memahaminya dan dapat membantu anak-anak mereka untuk PdPR.
Kelima, adakah pihak sekolah dapat memberi kemudahan untuk guru-guru untuk pembelajaran bercorak PdPR ini. Ini termasuk di dalam pembahagian jadual dan bahan-bahan untuk PdPR dan perlaksanaannya yang sistematik dan mampu dilaksanakan.
Keenam, bagaimanakah segala kemudahan infrastuktur, internet dan dan data, perkakasan dan perisian dan bahan-bahan PdPR disediakan oleh pihak kerajaan untuk kawasan atau pun pejabat pendidikan daerah-daerah tertentu termasuk di kawasan pedalaman.
Apakah peranan komuniti untuk membantu kepada kemenjadian PdPR ini?
Tidak praktikal jika tumpuan pelbagai kaedah pembelajaran dalam talian, teradun, modul, yang terkini namun jika pelaksanaannya tidak memberi kesan terhadap pengetahuan pembelajaran dan mereka tidak memahami silibus walaupun yang asas.
Justeru, kunci utama pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar perlu berciri inovatif, kreatif dan fleksibel.
Inovatif, Kreatif dan Fleksibel
Pendekatan yang tidak membosankan, mempunyai elemen-elemen kreativiti, berpusatkan pelajar dan jika sesuai digabungkan dengan permainan ataupun gamifikasi dapat menarik minat supaya pelajar meneruskan PdPR.
PdPR dapat dimanfaatkan menerusi penggunaan teknologi maklumat untuk pembelajaran dengan kerjasama guru-guru, ibu bapa, pihak sekolah dan komuniti dan dapat mengurangkan penularan kes-kes penyakit berjangkit di sekolah.
Bagaimanapun, keperluan perkakasan dan perisian dan internet yang baik sangat diperlukan supaya PdPR dapat dilaksanakan dengan lancar. Disamping itu semua pihak perlu fleksibel dalam perlaksanaan PdPR dalam talian termasuklah guru-guru supaya tidak memberi tugasan yang terlalu banyak kepada pelajar.
Manakala ibu bapa perlu memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka termasuklah memantau pembelajaran pelajar, memberi ruang pembelajaran, termasuk kerusi dan meja, di samping perkakasan dan perisian, khusus untuk PdPR dan bekerjasama dengan guru-guru dan pihak sekolah.
Pihak PIBG boleh memikirkan cara menaja perkakasan PdPR untuk mereka yang tidak bernasib baik. Ini termasuk inisiatif bekerjasama dengan swasta dan NGO untuk mendapatkan penajaan perkakasan, dan perisian.
Pihak pentadbir perlu memberi ruang kepada guru-guru untuk meneroka pembelajaran dalam talian untuk para pelajar dan tidak meletakkan jadual yang terlalu ketat terhadap pengurusan PdPR, sebaliknya memberi sokongan kepada guru-guru terhadap perlaksanaannya.
Kerja-kerja pengurusan perlu dikurangkan kepada para pendidik dan sebaik-baiknya tumpuan berfokuskan kepada PdPR.
Teknologi Pendidikan
Penggunaan teknologi seperti platform media sosial, teknologi mudah alih, serta telekomunikasi video perlu dipergiatkan lagi di dalam sektor pendidikan tetapi mengikut tatacara PdPR yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak pentadbir perlu memberi peluang kepada pendidik supaya mereka dapat menambah ilmu baru dalam literasi teknologi maklumat kepada mereka yang kurang asas penggunaan komputer.
Pihak kerajaan perlu memberi sokongan infrastruktur kepada sektor pendidikan termasuklah, latihan, infrastruktur data, internet, perkakasan, perisian serta bahan pengajaran.
Penggunaan TV Pendidikan dapat dioptimumkan dengan menambahkan lebih banyak kandungan pembelajaran untuk pembelajaran yang boleh diakssess menerusi television, radio dan internet.
Pihak komuniti dapat memainkan peranan menerusi sokongan pusat-pusat internet desa ataupun internet komuniti dengan memberi perkhidmatan percuma kepada para pelajar yang sedang menjalani PdPR menerusi ehsan masyarakat setempat terutama di kawasan kampung-kampung dan kawasan pedalaman dan juga di desa-desa.
Disamping itu portal-portal bahan pengajaran KPM, perlu dikemaskini dan dinaik-taraf untuk menyimpan dan mengakses bahan pembelajaran oleh guru-guru dan para pelajar.
Ini setaraf menuju ke arah platform PdP bertaraf dunia seperti Edx, Khan Academy, Coursera dan Udemy di mana bahan-bahan PdP boleh diakssess pada bila-bila masa sahaja dihujung jari oleh pelajar-pelajar dan guru-guru.
Disarankan juga pihak KPM menyediakan meja bantuan khusus seperti ‘Help Desk’ menerusi panggilan telefon dan email untuk menjawab pertanyaan berkenaan isu-isu PdPR.
Ini juga dapat diselaraskan dengan pangkalan data yang bersesuaian yang mempunyai maklumat jenis aduan, maklumat bantuan golongan yang terkesan terhadap PdPR seperti senarai maklumat B40.
Disamping itu maklumat pengajian pelajar, perkakasan, perisian, subjek, ibu-bapa, pelajar, guru, lokasi rumah dan sekolah dapat disimpan di dalam pengka;an data.
Maklumat ini akan diberikan kepada pihak KPM oleh pihak sekolah untuk tujuan pemantauan PDPR. Seterusnya pelaporann sains data menerusi pembelajaran mesin AI, boleh dimanfaatkan untuk tujuan ramalan dan preskripsi terhadap masalah-masalah PdPR menerusi pangkalan data pengurusan meja bantuan PdPR.
Justeru, pendekatan yang mempunyai reka bentuk pembelajaran berpusatkan pelajar perlu mengambil kira analisa keperluan kehendak pengguna utama iaitu pelajar dan perlu ditekankan kebolehgunaan pendekatan PdPR di samping mempunyai nilai empati dan kemanusiaan terhadap cabaran-cabaran PdPR yang berkaitan.
* Profesor Madya Ts. Dr. Shamsul Arrieya Ariffin, merupakan profesor madya, dan juga Pakar Teknologis, daripada Jabatan Komputeran, FSKIK UPSI Tanjong Malim Perak. Beliau juga penyelaras pelajar pasca Jabatan Komputeran.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Prof Madya Dr Shamsul Arrieya Ariffin
Fri Jun 11 2021
Pendekatan yang mempunyai reka bentuk pembelajaran berpusatkan pelajar perlu mengambil kira analisa keperluan kehendak pengguna utama iaitu pelajar. - Foto BERNAMA
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Pusat beli-belah digesa sedia ruang membaca, perbanyak kedai buku
Pusat beli-belah digesa supaya menyediakan ruang membaca dan memperbanyakan kedai buku di dalam premis mereka bagi memenuhi minat dan keperluan pembaca.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
KPM laksana program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal GISB yang sedang mendapat perlindungan.
Keputusan peperiksaan SPMU 2024 keluar 1 Oktober ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 1 Oktober ini.
KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB bermula 1 Oktober - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bermula 1 Oktober.
Banjir: Institusi pendidikan bawah KPM teruskan pembelajaran guna PdPR
Lima sekolah rendah dan satu sekolah menengah di Kedah masih dilanda banjir, manakala 36 institusi pendidikan di tiga negeri masih dijadikan PPS.
Ini bukan masanya untuk perkenal semula peperiksaan - CEO Untuk Malaysia
Ketika ini bukan masanya untuk memperkenalkan peperiksaan baharu bagi murid Darjah 6 dan Tingkatan 3.
Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid
Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
KPM setuju 10 tuntutan dikemukakan kerajaan Sarawak bagi perkukuh pendidikan
KPM bersetuju sepenuhnya dengan 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri Sarawak menerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan dalam usaha memperkukuhkan pendidikan di Sarawak.