Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah boleh ditubuhkan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Namun, katanya siasatan yang dijalankan suruhanjaya itu tidak harus mengganggu atau menjejaskan siasatan insiden itu oleh pihak berkuasa.
"Saya sokong cadangan menubuhkan RCI sekiranya orang ramai ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi di Lahad Datu.
"Saya tidak mahu ada orang yang tidak berdosa dituduh dan tidak mahu dalang yang terlibat ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Tentera yang ke-48 di Kem Sungai Buloh di sini, hari ini.
Sebelum ini, banyak pihak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi membongkar dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Berhubung tiga dalang yang didakwa terbabit dalam insiden Lahad Datu, Hishammuddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.
Beliau berkata Naib Presiden PKR Tian Chua tidak berhak menggesa kerajaan mendedahkan tiga dalang insiden itu setelah memperlekehkan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam kejadian itu.
Hishammuddin menegaskan kejadian itu amat serius sehingga kerajaan menubuhkan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Oleh itu, dia (Tian Chua) tidak berhak menggesa kerajaan kerana dia telah buat kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang telah menyinggung anggota keluarga tentera dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban kerana insiden itu," katanya.
Pada 27 Jun lepas, Tian Chua yang juga Anggota Parlimen PKR bagi kawasan Batu berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.
Bernama
Sun Jun 30 2013
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Jurugambar mengaku tidak bersalah, cederakan pereka fesyen
Seorang jurugambar sambilan mengaku tidak bersakah atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua pereka fesyen, Rabu lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
Piala ASEAN 2024: Linares jadi wira Filipina tewaskan Thailand selepas 52 tahun
Pasukan tuan rumah mengejutkan Thailand dengan gol pembukaan menerusi rembatan padu kaki kiri Sandro Reyes dari luar kotak penalti pada minit ke-21.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Piala ASEAN 2024: Vietnam, Filipina mara ke separuh akhir
Kejayaan di Stadium Viet Tri itu menyaksikan pasukan tuan rumah muncul juara kumpulan B dengan mengumpul 10 mata.
Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
Filipina arah pemindahan sepenuhnya penduduk susulan kemungkinan letusan semula gunung berapi
Terdapat segelintir penduduk yang enggan meninggalkan zon bahaya meskipun berdepan ancaman letusan besar.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.