KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing adalah satu tindakan tidak berasas, ujar Naib Presiden MIC, Datuk Sivaraajh Chandran.
Jelas Sivaraajh, tindakan itu juga dilihat terkebelakang dan seolah-olah mencerminkan ketiadaan komitmen Kerajaan untuk memperkasa hak asasi wanita secara umumnya.
"Akibat tindakan ini, hampir 5,000 lebih ibu-ibu yang telah memohon taraf kewarganegaraan melalui Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan dan ramai lagi yang belum memohon akan terus terbeban untuk mencapai hajat mereka untuk membesarkan anak mereka sebagai seorang warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, berdasarkan statistik yang didapati melalui Hansard Parlimen, sejak 2013-2018, sebanyak 4,959 permohonan kewarganegaan di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing.
Daripada jumlah tersebut, hanya 142 permohonan telah diluluskan manakala 3,715 permohonan telah ditolak.
Bagi tempoh 2018-2019 pula, terdapat 2,253 lagi permohonan kewarganegaraan baharu di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan yang diterima oleh kerajaan," ujar beliau.
"Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 September 2021 baru-baru ini yang memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing berhak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik telah akhirnya memberikan satu harapan baharu kepada hampir 5,000 lebih pemohon sedia ada.
"Rata-ratanya dari jumlah tersebut adalah golongan ibu yang berhajat untuk membesarkan anak-anak mereka di Malaysia akibat pelbagai faktor. Antaranya, saya difahamkan adalah perkahwinan yang gagal akibat kekerasan rumah tangga dan sebagainya.
"Realitinya adalah ibu-ibu ini berhak untuk menganugerahkan (jika perlu) taraf kewarganegaraan kepada anak-anak mereka seperti yang didapati oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya tempoh hari yang berkata perkataan 'bapa' dalam jadual kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu," tambah beliau.
Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.
Hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir memutuskan perkataan “bapa” dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan perlu bermaksud dan termasuk ibu.
Bagaimanapun pada 13 September lalu, kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Astro Awani
Mon Sep 20 2021

Tindakan kerajaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang benarkan kewarganegaraan automatik kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia disifatkan tidak berasas, ujar Naib Presiden MIC, Datuk Sivaraajh Chandran. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

Syafiq Kyle, Mimi Lana kini sah bergelar suami isteri
Pelakon drama bersiri Astro Originals yang menjadi fenomene, One Cent Thief, Syafiq Kyle kini selamat bergelar suami kepada aktres, Mimi Lana.

Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.

Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.

Keburukan, kekurangan, aib pasangan tidak patut ditularkan - Khutbah Jumaat
Kedua-dua suami dan isteri harus sedar bahawa tidak ada manusia yang sempurna dan terlepas daripada melakukan kesilapan.

Fattah dakwa simpan 'rahsia besar' Fazura
Fattah menjelaskan bahawa beliau akan tetap berpegang kepada janji untuk tidak membuka pekung didada.

Boris Becker mengahwini teman lama di Itali
Pengantin perempuan mengenakan gaun putih dengan potongan bahu terbuka dan vel, manakala pengantin lelaki memakai jaket sut berwarna krim.

Perkahwinan Cleopatra, bekas Timbalan KPN tidak wujud - Mahkamah
Mahkamah Syariah mendapati perkahwinan antara bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Mohd Bakri Mohd Zinin dengan Cleopatra tidak pernah wujud.

Wanita dihempap kayu balak ditidurkan
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di Persimpangan Bendahara di sini semalam terpaksa ditidurkan ketika mendapat rawatan di Hospital Gua Musang.