PUTRAJAYA: Rayuan guru tadika M.Indira Gandhi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara atas dakwaan gagal mendapatkan semula anak perempuannya, Prasana Diksa, akan didengar pada 5 April tahun depan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azmi Ariffin sepatutnya mendengar rayuan itu secara dalam talian hari ini.
Bagaimanapun, Kamaludin berkata panel itu masih tidak berpeluang meneliti hujahan balas bertulis kerana peguam Indira Gandhi tidak memfailkan dokumen tersebut tepat pada masanya.
Beliau berkata peguam Rajesh Nagarajan sudah memohon pelanjutan masa untuk memfailkan hujahan balas dan oleh itu, mahkamah menjadualkan semula pendengaran rayuan itu ke tarikh lain.
"Memandangkan ia adalah kes yang berkepentingan awam, mahkamah mengarahkan agar rayuan ini didengar di mahkamah terbuka," katanya.
Terdahulu, Rajesh memaklumkan mahkamah beliau tidak dapat memfailkan hujahan balas itu melalui sistem dalam talian mahkamah dan telah meminta Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk memberikan pelanjutan masa kepadanya untuk berbuat demikian.
Kamaludin kemudian menghantar rayuan itu untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan bagi membolehkan tarikh pendengaran baharu ditetapkan.
Rajesh, ketika dihubungi Bernama, berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman menetapkan 5 April sebagai tarikh baharu pendengaran kes itu.
Pada 3 Mac 2009, bekas suami Indira Gandhi iaitu K. Pathmanathan telah memeluk agama Islam dan secara sepihak mengislamkan ketiga-tiga anak mereka. Beliau kemudian memperoleh hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan Indira Gandhi untuk mendapatkan hak penjagaan bagi ketiga-tiga anaknya. bagaimanapun, selepas perintah itu diperoleh, Prasana Diksa yang ketika itu berusia 11 bulan, telah diambil oleh Pathmanathan.
Indira Gandhi telah memulakan prosiding komital terhadap Pathmanathan, atau nama Islamnya Muhammad Riduan Abdullah, kerana enggan mematuhi perintah hak penjagaan. Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah kerana menghina mahkamah dan mengeluarkan waran komital.
Indira Ghandi kemudian memperoleh perintah mandamus pada September 2014 untuk memaksa Ketua Polis Negara melaksanakan waran komital terhadap Pathmanathan selepas beliau enggan berbuat demikian atas alasan polis telah diletakkan dalam keadaan serba-salah kerana terdapat percanggahan perintah berkaitan hak penjagaan daripada dua mahkamah.
Pada 30 Mei 2014, Indira Gandhi memperoleh perintah daripada Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Ketua Polis Negara atau Pesuruhjaya Polis atau Ketua Polis Daerah untuk mengarah dan memastikan pegawai polis yang berkaitan memfailkan afidavit pada minggu pertama setiap bulan bagi mengemas kini proses mengesan Prasana Diksa.
Wanita itu mendakwa polis telah gagal berbuat demikian dan beliau kemudian memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah.
Pada 4 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Indira Gandhi bagi kebenaran memulakan prosiding itu terhadap Ketua Polis Negara.
Peguam Kanan Persekutuan Mankiranjit Kaur hadir bagi pihak Ketua Polis Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Rayuan guru tadika M.Indira Gandhi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu akan didengar pada 5 April tahun depan. - Gambar hiasan
Pasaran ekuiti Malaysia dijangka stabil pada tahun hadapan
CIMB Securities positif terhadap pasaran ekuiti Malaysia pada 2025 disokong pertumbuhan pendapatan tahun ketiga berturut-turut pada lapan peratus, dipacu sektor perbankan, pembinaan dan utiliti.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
‘Katak’, pengkhianat rakyat gamatkan DUN Melaka
Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas hari ini gamat seketika dengan gelaran 'katak' dan 'pengkhianat'.
Penganggur menyamar polis untuk merompak dipenjara 12 tahun
Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang penganggur selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis.
Perdana Menteri Jepun Ishiba lawat Malaysia, Indonesia 9-12 Januari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Indonesia dari 9 hingga 12 Jan untuk memperkukuh kerjasama dengan negara Asia Tenggara.
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thaksin ada jaringan meluas, mampu bantu ASEAN berdepan isu serantau - PM Anwar
Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra sebagai penasihat tidak rasmi kepada Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dalam usaha melonjak ekonomi dan perkembangan teknologi baharu.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Larangan aplikasi: Mahkamah Agung AS akan dengar rayuan TikTok
Mahkamah Agung AS pada Rabu memutuskan untuk mendengar rayuan TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance.
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.
Kematian dalam tahanan: Kerajaan, polis dapat kebenaran merayu keputusan bayar RM197,600
Terdapat isu mengenai ganti rugi dan liabiliti di bawah undang-undang berkaitan yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 25 Okt untuk dengar rayuan Family Frontiers
Mahkamah akan mendengar rayuan Family Frontier bersama dengan empat rayuan lain yang berkaitan dengan kes kewarganegaraan berasingan.
Subsidi diesel: KPDN sedia bawa rayuan pengusaha trak tunda - Fuziah
KPDN bersedia untuk membawa rayuan pengusaha trak penunda kenderaan supaya diberi pertimbangan mendapat subsidi diesel bagi mengurangkan beban kos operasi mereka.
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 3 Julai untuk dengar rayuan Sanjeevan
Mahkamah Persekutuan menetapkan 3 Julai untuk mendengar rayuan bekas aktivis antijenayah R.Sri Sanjeevan terhadap penolakan keputusan yang mengisytiharkan penahanan 16 harinya di bawah Akta Pencegahan
29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.