PUTRAJAYA: Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 September.
Ia disahkan oleh peguamnya Amer Hamzah Arshad, apabila dihubungi Bernama hari ini.
Pengurusan kes berhubung perkara itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.
Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan sedemikian selepas mendapati kesemua pertuduhan itu tidak cacat dan berlandaskan peruntukan undang-undang.
Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling, mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu.
Dia menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.
Selain itu, Abdul Azeez juga menghadapi 10 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah keseluruhan RM13.9 juta yang didakwa diterima daripada syarikat Menuju Asas Sdn Bhd.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank, Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur pada 8 Dis 2010 dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018, manakala kesalahan pengubahan wang haram dilakukan di kawasan Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Abang kepada Abdul Azeez, Datuk Abdul Latif, yang pada mulanya didakwa atas dua pertuduhan bersubahat dengan adiknya, didakwa menerima RM4 juta sebagai upah membantu syarikat Menuju Asas mendapatkan projek jalan raya secara tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.
Abdul Latif, 63, dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada Februari selepas pihak pendakwaan mengemukakan permohonan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021

Abdul Azeez mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kes kenyataan jelik: Sebutan rayuan keputusan kes Jamal Yunos 17 Ogos
Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Ogos bagi sebutan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ampang yang membebaskan Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Rosmah bersalah: Rayuan kes ambil masa antara enam bulan sehingga setahun - Pakar
Tiada istilah kes itu akan dibawa dipercepat atau ditangguhkan, kerana semua kes perlu mengikut turutan.

Lim Guan Eng mohon kes rasuah dipindah ke Mahkamah Tinggi
Guan Eng membuat permohonan pemindahan itu agar keputusan berkaitan kes berkenaan boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Rayuan Abdul Azeez batalkan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram, didengar 6 September
Pengurusan kes berhubung perkara itu didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron.