KUALA LUMPUR: Kes-kes rayuan yang dibawa ke Mahkamah Rayuan, termasuk membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, biasanya mengambil masa antara enam bulan sehingga ke setahun.
Pakar Undang-Undang, Datuk Salehuddin Saidin berkata, ia bergantung kepada beberapa perkara antaranya bila alasan penghakiman disiapkan dan kelapangan Mahkamah Rayuan.
"Apabila notis rayuan difailkan di mahkamah, apa yang berlaku ialah pihak mahkamah yang membuat keputusan perlu sediakan alasan penghakiman, mahkamah akan gariskan segala dapatan fakta dan undang-undang berkaitan kes yang dihadapkan beserta dengan hujah dari perspektif undang-undang.
"Apabila alasan penghakiman dikemukakan dan difailkan, maka pihak berkenaan akan failkan petisyen rayuan bagi memberi alasan mengapa keputusan Mahkamah Tinggi perlu ditolak dan keputusan memihak kepada tertuduh perlu diberikan.
"Jadi peguam akan failkan alasan tertentu, boleh jadi yang telah diberikan di Mahkamah Tinggi atau alasan lain yang dimahukan untuk diteliti Mahkamah Rayuan.
"Tempoh petisyen dan pendengaran sebutan dan rayuan, biasanya kena lihat pada tempoh alasan penghakiman disiapkan dan bila tarikh Mahkamah Rayuan ada kelapangan untuk mendengar kes, sebab kita tahu banyak kes yang menunggu rayuan didengar.
"Kes Rosmah kena ikut turutan, bila ia didaftarkan, bila alasan penghakiman disiapkan dan bila petisyen difailkan. Saya ambil kira faktor ini, kebiasaannya dari sekarang ke tempoh rayuan, kadang-kadang ambil masa enam bulan hingga setahun untuk tetapkan tarikh sebutan dan ditetapkan pula pendengaran.
"Proses selanjutnya, apabila mahkamah sudah dengar rayuan, katalah keputusan masih memihak keputusan Mahkamah Tinggi, tertuduh masih ada peluang ke Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta ke atas isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
[LAPOR LANGSUNG] Kes rasuah solar: Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta, atau penjara 10 tahun jika gagal bayar, oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagaimanapun, Rosmah, 70, akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.
Hakim turut membenarkan permohonan pembelaan agar kesemua hukuman itu ditangguhkan sehingga selesai proses rayuan di peringkat akhir.
Peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
Dalam pada itu Salehuddin berkata, tiada istilah kes itu akan dipercepat atau ditangguhkan, kerana semua kes perlu mengikut turutan.
Beliau turut memaklumkan, pihak pembelaan juga boleh memohon pengurangan denda atau penjara berdasarkan kemampuan tertuduh.
"Di samping rayuan terhadap sabitan, rayuan juga akan dibuat terhadap hukuman jika pihak pembelaan merasakan hukuman itu excessive dan tak mampu bagi tertuduh untuk memenuhi keperluan hukuman denda.
"Kalau kita lihat jumlah denda hampir RM1 bilion, nak bayar walaupun dalam bentuk ansuran dan sebagainya, saya tak nampak ada ruang berdasarkan situasi beliau sekarang.
"Atas faktor ini, pembelaan akan bawa untuk pertimbangan bahawa denda terlalu excessive dan akan menyebabkan kegagalan tertuduh untuk memenuhi kehendak hukuman denda," ujarnya yang memaklumkan pengiraan denda adalah lima kali jumlah yang dituduh.
Madiha Abdullah
Thu Sep 01 2022

Rosmah, 70, akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. - Gambar/ Reuters
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.

Arul Kanda tidak tahu dana 1MDB beli barang kemas Rosmah
Arul Kanda memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai wang dana syarikat itu digunakan untuk membeli barang kemas Rosmah bernilai AS$1.3 juta.

Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Rosmah daripada pertuduhan mahkamah.

Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Kronologi kes Rosmah Mansor
Rosmah dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah
Pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor.

Lepas dan bebas: 'Hadiah untuk Bossku' - Rosmah
Rosmah menyifatkan keputusan pembebasannya oleh mahkamah sebagai hadiah untuk Datuk Seri Najib Razak atau Bossku.

Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.

Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.

Keputusan permohonan Rosmah batal tuduhan ditetapkan 19 Dis
Mahkamah Tinggi menetapkan 19 Dis untuk memutuskan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor bagi membatalkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya.