"Tak sangka hari raya baru-baru ini adalah kali terakhir kami beraya bersama."
Hanya itu yang mampu diungkapkan Nariya Abdullah, 47 tahun, ibu kepada Muhammad Amirul Kushairi Amirasid, 21, dan Nurul Atikah Amirasid, 19, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lencong Timur, Amanjaya Sungai Petani, petang semalam.
Kejadian berlaku ketika dua beradik tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Serai Wangi, Padang Serai.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang dinaiki dua beradik itu merempuh belakang sebuah bas yang rosak di tepi jalan.
Akibat rempuhan itu, Muhammad Amirul maut di tempat kejadian manakala Nurul Atikah meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultan Abdul Halim.
Menurut Nariya, kedua-dua anaknya itu memaklumkan kepadanya ingin keluar ke Sungai Petani untuk membeli Al-Quran.
Nariya yang masih terkejut dengan tragedi tersebut, bagaimanapun redha dengan pemergian dua anak kesayangannya itu.
Muhammad Amirul merupakan seorang guru agama manakala Nurul Atikah bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang sementara menunggu panggilan masuk ke universiti.
Jenazah kedua-dua beradik dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Kampung Guar Lobak, Padang Serai, malam tadi.
Sementara itu, menurut pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Sazalee Adam, siasatan awal mendapati bas yang dirempuh mengalami kerosakan dan sedang dalam perjalanan ke Puspakom ketika kejadian berlaku.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jul 02 2018
Muhammad Amirul dan adiknya Nurul Atikah maut ketika dalam perjalanan hendak membeli Al-Quran.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
'Dengar suami, abang ipar nak tanam mayat', polis tahan 3 beradik
Tiga beradik ditahan untuk siasatan kes bunuh dan tanam mayat seorang lelaki di Sungai Choh di Rawang pada Sabtu.
Adik-beradik ditahan sedang asyik masak, proses dadah di Kampar
Dua adik-beradik lelaki yang sedang asyik memasak dan memproses dadah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada Isnin lepas.
Dua beradik guna pistol mainan samun kedai 24 jam dicekup
Kegiatan dua beradik yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Kuala Muda sejak tiga minggu lalu akhirnya kecundang apabila mereka dicekup polis.
Dua beradik maut dalam kemalangan di Tanjong Karang
Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.
Warga Myanmar dikhuatiri lemas dalam lombong terbiar di Kuala Kampar
Mereka tiba kira-kira jam 4.30 petang dan diminta pemilik kebun untuk melihat dahulu keadaan kebun sebelum memulakan kerja.
MCA 'kunci mulut' soal agihan kerusi PRU15
MCA mengunci mulut berhubung soal pengagihan kerusi bersama parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).
Raya terakhir buat dua beradik
Muhammad Amirul Kushairi Amirasid, 21, dan Nurul Atikah Amirasid, 19, maut dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi membeli Al-Quran.
Calon PRU14 dengan ikatan keluarga: Siapa dan di mana mereka?
Untuk Pilihan Raya Umum ke-14 ini, beberapa calon mempunyai ikatan keluarga, dari bapa dan anak hinggalah adik beradik.