Untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, beberapa calon mempunyai ikatan kekeluargaan, dari bapa dan anak hingga ke adik beradik.
Sebagai contoh, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di kerusi Parlimen Langkawi dan anaknya Datuk Seri Mukhriz yang akan bertanding di Parlimen Jerlun dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.
Kedua-duanya mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding atas tiket PKR dalam PRU ini.
Sementara itu, isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, akan bertanding untuk kerusi Parlimen Pandan dan anak perempuan mereka, Nurul Izzah, di kerusi Parlimen Permatang Pauh, mewakili PKR.
Dalam kalangan adik beradik pula, anak-anak kepada mendiang Karpal Singh dari DAP, turut akan bertanding.
Mereka adalah Jagdeep Singh Deo (DUN Datuk Keramat), Gobind Singh (Parlimen Puchong) dan Ramkarpal Singh (Parlimen Bukit Gelugor).
Keluarga mana lagi yang bakal bertanding untuk PRU14? Saksikan infografik ini yang disediakan oleh wartawan Astro AWANI, Shafizan Johari.