IPOH: Dua adik-beradik lelaki yang sedang asyik memasak dan memproses dadah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada Isnin lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata bertindak hasil risikan dan maklumat orang awam, suspek berumur 44 dan 45 tahun itu ditahan dalam serbuan 4 petang bersama beberapa jenis dadah antaranya heroin dan syabu di rumah itu.
"Siasatan mendapati rumah terbabit dijadikan makmal memproses dadah sejak Disember lepas untuk kegunaan pasaran tempatan.
"Selepas diperiksa, terdapat kira-kira 40 kilogram heroin bernilai mencecah RM600,000 selain cecair disyaki dadah bernilai RM60,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati sebuah kenderaan jenis Honda City yang mempunyai pelekat orang kenamaan bertujuan mengaburi pihak berkuasa turut digunakan bagi mengedar dadah yang boleh digunakan untuk 85,000 penagih.
Beliau berkata keseluruhan dadah bersama harta yang disita dianggarkan bernilai RM715,782 dan kedua-dua suspek yang juga penganggur itu direman hingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Lelaki proses dan edar dadah dalam rumah sewa kakak ditahan
Seorang lelaki yang memproses dan mengedar dadah di dalam rumah teres kakaknya di Seberang Jaya, Pulau Pinang diberkas polis Khamis lalu.

Adik-beradik ditahan sedang asyik masak, proses dadah di Kampar
Dua adik-beradik lelaki yang sedang asyik memasak dan memproses dadah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampar pada Isnin lepas.

Polis serbu kondo mewah proses dadah, rampas ekstasi bernilai RM26.5 juta
Polis menyerbu dua unit kondominium mewah yang dijadikan sebagai tempat pemprosesan dadah jenis ekstasi di sekitar ibu negara.

Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas
Pelbagai jenis dadah antaranya heroin, heroin base, pil ekstasi dan syabu bernilai RM117,210 dirampas dalam serbuan itu.

Kondominium jadi 'port' proses dadah diserbu polis
Suspek ditahan selepas polis menemui sejumlah dadah sewaktu pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan miliknya.

Sembilan termasuk empat anggota polis ditahan terlibat sindiket dadah
Polis berjaya menumpaskan sindiket makmal dadah haram mega di kawasan perindustrian hi tech 5 Semenyih Kajang 21 november lalu.

Proses, edar syabu di ladang lembu: Lima lelaki berdepan tali gantung
Lima lelaki termasuk tiga warganegara India berdepan tali gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah, dua minggu lalu.

Makmal digempur polis, dadah RM14.3 juta dirampas
Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman melakukan empat serbuan berasingan di sekitar Mantin, Negeri Sembilan serta sekitar Lembah Klang pada Ahad.