KUALA LUMPUR: Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), T. Ravichandran, 57, menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia, yang terletak di Pakistan.
Beliau bersama lima lagi pendaki solo terhebat dunia dan diiringi lima sherpa, menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan, Jumaat lepas.
Bagi Ravichandran, cintanya kepada negara menjadi pembakar semangat sepanjang pendakian dan kejayaannya itu adalah hadiah buat negara sempena sambutan Hari Kebangsaan, yang bakal disambut pada 31 Ogos depan.
"Semangat cintakan negara, hidup dalam aman dan harmoni, itu kunci perpaduan yang patut disemai dalam jiwa di mana ia menjadi kekuatan untuk saya harungi kesukaran sepanjang pendakian.
"Terima kasih kepada isteri saya yang tercinta, anda adalah kekuatan untuk saya berjaya. Tidak lupa kepada keluarga, rakan-rakan, penaja-penaja dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaan saya sampai ke puncak," katanya dalam kenyataan menerusi pesanan Whatsapp, hari ini.
Walaupun menghadapi kekurangan sebagai OKU, beliau berkata ia bukanlah penghalang kepadanya tetapi menjadi bukti OKU juga mampu membina kekuatan diri, setanding dengan mereka yang sempurna.
"Tiada yang mustahil untuk bangkit kembali jika kita terjatuh. Itu pengalaman pendakian yang saya tempuh dalam ekspedisi kali ini. Ini hadiah saya buat rakyat Malaysia. Merdeka!," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022

Ravichandran menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan, Jumaat lepas. - Gambar/ FB Wan Ahmad Fayhsal
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki ekspedisi Everest
Pendaki solo negara, T Ravichandran sedih dengan kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia iaitu Muhammad Hawari Hashim dan juga Awang Askandar Ampuan Yaacub semasa Ekspedisi Everest-Lhotse 2023.

Kejayaan tawan K2 hadiah sempena Hari Kebangsaan - Ravichandran
Ravi Everest berjaya menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan 22 Julai lalu.

Ravi Everest sasar tawan 14 gunung tertinggi di dunia dalam tempoh tiga tahun
Ravichandran berkata, sasaran menakluk 14 gunung tertinggi di dunia itu dilihat mampu direalisasi berbekalkan pengalaman pendakian terdahulu.

Ravichandran rakyat Malaysia pertama tawan gunung K2
Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), T. Ravichandran, 57, menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia.

Ravichandran, Adelinah berdepan misi tawan puncak Everest April ini
Program pendakian "Keluarga Malaysia-Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan" itu akan bermula pada 24 Mac ini.