KUALA LUMPUR: Pendaki solo negara T. Ravichandran, 57, berhasrat menakluk 14 gunung tertinggi di dunia dalam tempoh tiga tahun selepas berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak kedua tertinggi dunia iaitu K2 di Pakistan baru-baru ini.
Ravichandran, yang juga dikenali sebagai Ravi Everest, ketika ditemu bual menerusi aplikasi Google Meet, berkata sasaran menakluki 14 gunung tertinggi di dunia itu dilihat mampu direalisasi berbekalkan pengalaman pendakian terdahulu.
"September ini kita ada beberapa gunung yang boleh didaki atas faktor cuaca baik iaitu gunung kelapan tertinggi di dunia (Gunung Manaslu) di Nepal serta Gunung Cho Oyu dan Shishapangma di China. Namun disebabkan limitasi COVID-19 di China, kita tidak boleh teruskan pendakian. Kita sudah tawan lapan gunung setakat ini.
"Kita sasarkan ekspedisi pendakian tahun depan ialah pada bulan Mac di Gunung Annapurna I dan cuba kembali ke Pakistan untuk daki Gunung Broad Peek (K3) pada Julai. Kita sasar beberapa gunung dalam tempoh setahun untuk cuba capai misi ini," katanya pada sidang media maya dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan hari ini.
Beliau yang kelihatan sihat dan ceria dengan raut wajah penuh semangat berkata misi itu sekali gus dilihat mampu menjadi legasi pencapaian cemerlang Malaysia untuk muncul sebagai negara pertama di Asia Tenggara menakluki 14 puncak tertinggi di dunia.
Ravi Everest bersama lima lagi pendaki solo terhebat dunia dengan diiringi lima sherpa telah menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan pada 22 Julai lepas.
Berkongsi pengalaman menawan K2, beliau berkata cabaran sepanjang eskpedisi melalui 'Abruzzi Spur Route' adalah tiga kali ganda lebih berisiko berbanding pendakian Gunung Everest sesuai dengan gelarannya sebagai 'Savage Mountain.'
Beliau berkata persekitaran K2 yang berbatu granit dan kurang bersalji telah memaksa para pendaki menggunakan segala pengalaman dan ilmu berkaitan pendakian untuk mengharungi rintangan sepanjang ekspedisi.
"Ada batu kecil berterbangan selaju 200km/j dan situasi ini yang kita lalui semasa ekspedisi K2... Di sini terdapat beberapa kawasan tidak menerima sinaran matahari yang membentuk 'Blue Ice.' Ia memerlukan teknik pendakian alpine yang sangat rumit dan ilmu mendalam untuk melepasi cabaran K2," katanya.
Mengulas lanjut, Ravi Everest berkata beliau terpaksa meneruskan pendakian ke puncak dari khemah tiga sebelum turun dalam tempoh 24 jam berikutan cuaca yang sangat baik pada 22 Julai lepas.
"Terasa kerdil dan sukar diungkapkan bagaimana saya menangis, banyak soalan bermain di minda sama ada saya perlu putus asa semasa pendakian 24 jam itu. (Rehat selama) 72 hari itu memang tidak cukup tetapi dengan keadaan mental yang kuat, kita tidak putus asa.
"Saya berada di puncak K2 kira-kira 15 minit... saya rasa gembira dan sempat lakukan video bersama penaja. Ini antara pendakian terbaik pernah saya lakukan... ini bukan kejayaan individu, ini kejayaan semua yang buatkan saya positif dan cukup bertenaga," katanya.
Ditanya mengenai perancangannya dalam masa terdekat, Ravi Everest berkata beliau akan menyertai program ke Kutub Selatan iaitu Projek Antartika 2022 pada November ini.
"Kami akan bergerak menggunakan ski sejauh 1,030 kilometer yang mengambil masa kira-kira 60 hari dan seterusnya mendaki Gunung Vinson Massif di Antartika," katanya.
Beliau berkata misi itu juga melibatkan kajian mengenai pemanasan global di Antartika dan data yang diperoleh akan diberikan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membantu kajian universiti tersebut berkaitan impak pemanasan global menjadi lebih lengkap.
"Saya sebagai alumni UPM ingin bantu dalam memastikan data kajian mereka sangat tepat dan bertaraf antrabangsa. Saya dan UPM sudah laksanakan proses persetujuan, saya percaya impian kita selari dan boleh bekerjasama," katanya.
Pada sidang media sama, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad Deddy Faisal Ahmad Salleh mengucapkan tahniah dan berkata beliau bangga dengan pencapaian cemerlang Ravi Everest mengharumkan nama negara selepas kejayaannya menakluki puncak kedua tertinggi di dunia itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022

Ravichandran berkata, sasaran menakluk 14 gunung tertinggi di dunia itu dilihat mampu direalisasi berbekalkan pengalaman pendakian terdahulu. - Facebook Ravichandran Tharumalingam
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki ekspedisi Everest
Pendaki solo negara, T Ravichandran sedih dengan kehilangan dua orang pendaki dari Malaysia iaitu Muhammad Hawari Hashim dan juga Awang Askandar Ampuan Yaacub semasa Ekspedisi Everest-Lhotse 2023.

Kejayaan tawan K2 hadiah sempena Hari Kebangsaan - Ravichandran
Ravi Everest berjaya menawan puncak gunung setinggi 8,611 meter itu pada 10.50 pagi waktu tempatan 22 Julai lalu.

Ravi Everest sasar tawan 14 gunung tertinggi di dunia dalam tempoh tiga tahun
Ravichandran berkata, sasaran menakluk 14 gunung tertinggi di dunia itu dilihat mampu direalisasi berbekalkan pengalaman pendakian terdahulu.

Ravichandran rakyat Malaysia pertama tawan gunung K2
Pendaki solo negara yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), T. Ravichandran, 57, menjadi rakyat Malaysia pertama mengibarkan Jalur Gemilang di puncak gunung K2, gunung kedua tertinggi di dunia.

Ravichandran, Adelinah berdepan misi tawan puncak Everest April ini
Program pendakian "Keluarga Malaysia-Everest Expedition 2022, Journey To The Top By Sabahan" itu akan bermula pada 24 Mac ini.