Seramai 107 penduduk Kampung Ulu Atok di Raub, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kampung mereka dinaiki air pada awal pagi tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata operasi memindahkan mangsa bermula pada 2 pagi, dan mereka yang terdiri daripada 27 keluarga kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.
"APM dimaklumkan kejadian banjir itu sekitar 1.50 pagi oleh ketua kampung berkenaan. Banjir dipercayai berlaku kerana hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam sebelum itu.
"Kampung tersebut terletak di kawasan rendah dan hujan lebat menyebabkan air sungai berhampiran melimpah," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Zainal menambah tiada mangsa yang cedera dan operasi pemindahan melibatkan agensi lain seperti polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018
Penduduk dipindahkan selepas kampung itu dilanda banjir awal pagi tadi oleh anggota APM. - Foto APM
Taksub pemimpin, seleweng akidah antara punca GISB akan difatwa sesat di Selangor
Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini menekankan tentang kesesatan akidah dibawa GISB yang menyimpang daripada ajaran Islam.
AWANI Ringkas: GISB: Penjaga rumah amal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mulyo, Jonassen antara calon ketua jurulatih perseorangan lelaki - Rexy
Katanya, sesiapa pun jurulatih terpilih akan menandatangani kontrak hingga Sukan Olimpik 2028.
Baling dilanda banjir kilat, tujuh PPS dibuka
Hujan lebat berterusan semalaman menyebabkan tiga daerah di Baling dilanda banjir kilat sekali gus seramai 199 mangsa terpaksa dipindahkan untuk ditempatkan di tujuh PPS
Mangsa banjir di Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian dan Larut Matang Selama di Perak meningkat sekali ganda kepada 200 orang dari 67 keluarga, setakat jam 10 pagi jumaat berbanding 79 orang dari 29 keluarga, semalam.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Seorang lelaki yang merupakan penjaga rumah amal GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) mengaku tidak bersalah mendera kanak-kanak di salah satu rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada Jumaat.
IPTA di Pantai Timur dinasihat buat persiapan awal
IPT khususnya di negeri di Pantai Timur diminta membuat persediaan lebih awal menghadapi musim tengkujuh disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula bulan depan.
Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65b
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berjaya meraih potensi perdagangan bernilai 2.65 bilion ringgit dalam lawatan negara ke Pakistan, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau juga berkata, Pakistan turut komited meningkatkan import minyak kelapa sawit dan produk berasaskan kayu, baja, petrokimia, serta oleokimia dari Malaysia.
Beliau juga berkata, Pakistan turut komited meningkatkan import minyak kelapa sawit dan produk berasaskan kayu, baja, petrokimia, serta oleokimia dari Malaysia.
Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.
Seorang pegawai tentera Israel memberitahu CNN, Hashem disasarkan dalam serangan Beirut antara Khamis dan Jumaat.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Arahan NADMA No.1 jadi panduan utama pengurusan bencana - Ahmad Zahid
Arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) No. 1 akan menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana bagi mengurangkan risiko dan impak bencana di negara ini.
Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 89 orang
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah di daerah Kota Setar.
Hujan lebat: Sembilan mangsa di Kampar ditempatkan di PPS
Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan, Kuala Dipang.
Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit
Semua mangsa dari daerah Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu itu ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).
Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Nepal
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Nepal susulan banjir dan tanah runtuh akibat hujan berterusan yang menjejaskan rangkaian sistem perhubungan di negara itu.