SHAH ALAM: Gerakan #RasuahBusters hari ini mengemukakan beberapa tuntutan politik bagi memastikan proses pemulihan negara khususnya selepas pandemik COVID-19 adalah bertunjangkan kepada prinsip integriti dan ketelusan.
Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters Nurhayati Nordin berkata selain dua prinsip itu, penguatkuasaan undang-undang melalui kestabilan politik sebagai batu asas juga perlu diterapkan.
"#RasuahBusters bersama wakil gabungan hari ini mengemukakan tuntutan-tuntutan yang perlu diletakkan sebagai agenda utama pembentangan di Parlimen dan rakyat diharap memberikan sokongan penuh agar proses pemulihan negara dapat berjalan secara bersepadu dan holisitik," katanya dalam sidang media Enam Tuntutan Politik #MalaysiaTanpaRasuah 'Apa Dah Jadi?' di sini hari ini.
Beliau berkata tuntutan itu ialah penggubalan Akta Lompat Parti yang menjadi permulaan kepada transformasi yang diperlukan dalam memartabat demokrasi Parlimen dan sebagai usaha menyelamatkan negara daripada kemelut politik, kesihatan dan keselamatan selain menjadikan mandat rakyat sebagai keutamaan.
"Tuntutan seterusnya ialah mempercepat pembentangan dan pelaksanaan Akta Pembiayaan Dana Politik supaya manipulasi sistem, prosedur, konflik kepentingan, kelemahan kawalan dan apa-apa ketirisan akan dapat disekat serta mampu menghakis politik rasuah yang menggugat integriti institusi politik.
"Tuntutan terakhir ialah memastikan kebebasan dan ketelusan institusi antaranya Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus terpisah serta bebas," katanya.
Turut hadir Ketua Pasukan Teras #RasuahBusters Datuk Hussamuddin Yaacub yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022

Nurhayati berkata, penguatkuasaan undang-undang melalui kestabilan politik sebagai batu asas juga perlu diterapkan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengampunan Najib: 222 Ahli Parlimen perlu tampil, redakan keresahan rakyat - #RasuahBusters
Pengampunan separa dan pengurangan denda terhadap hukuman Datuk Seri Najib Razak mengundang keresahan rakyat dan menghantar isyarat salah kepada dunia.

#RasuahBusters kemuka tuntutan, pastikan proses pemulihan negara berteras integriti
Gerakan #RasuahBusters hari ini mengemukakan beberapa tuntutan politik bagi memastikan proses pemulihan negara bertunjangkan kepada prinsip integriti dan ketelusan.

Ejen Miow bantu #RasuahBusters bawa mesej antirasuah
Ejen Meow mampu menjadi platform yang efektif dalam menyampaikan mesej anti rasuah berdasarkan status kucing sebagai haiwan yang dekat dengan masyarakat negara ini.

Undi18: Rakyat diseru bangkit perkasa peranan anak muda
Rakyat diseru bangkit memperkasa dan menjadi sistem sokongan agar anak muda diberi peranan dalam mencorak model Malaysia yang lebih stabil dan kukuh daripada aspek politik, ekonomi dan sosial.

SPRM: Azam Baki perlu direhatkan, elak jadi liabiliti - Rasuah Busters
Tindakan itu juga bagi membuka ruang buat siasatan secara telus dijalankan tanpa ada persepsi agensi itu akan melindungi ketuanya.

Selepas Putra dan Pas, #RasuahBusters pula gesa Azam Baki berehat
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki perlu berehat bagi membuka ruang untuk SPRM fokus kepada usaha pemulihan di samping mengembalikan maruah institusi berkenaan.

Jangan jadi seperti Imelda Marcos, kata SPRM
Rakyat di negara ini diingatkan supaya tidak mengagungkan individu yang mempunyai kesalahan rasuah seperti yang pernah berlaku di Filipina.

'Mak Kata Jangan' kempen peringkat nasional, gerakan #RasuahBusters terus dipergiat
Teras utama kempen adalah bagi mewujudkan satu rantaian yang akan memberi impak kepada aktiviti pembasmian rasuah di negara ini.