Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peruntukan bagi sektor pembangunan akan dapat dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) melalui pelaksanaan rasionalisasi subsidi.
Beliau berkata banyak lagi pembangunan perlu dilakukan khususnya dalam bidang pendidikan seperti pembinaan sekolah tambahan dan sekolah vokasional, pembinaan jalan raya di bandar dan luar bandar, loji air dan tebatan banjir
"Setiap projek ini bukan kecil, besar kosnya. Jadi perbelanjaan untuk peruntukan pembangunan negara ini mesti kita tambahkan lagi.
"Kita (kerajaan) tidak boleh tambah (peruntukan) melalui tambahan hutang kerana ekonomi negara kita akan merudum nanti.
"Saya berharap dalam RMK-11 nanti, kita boleh tambahkan peruntukan untuk pembangunan kerana banyak lagi kita perlu lakukan," katanya ketika menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra di sini Isnin.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan telah membelanjakan RM22 bilion untuk subsidi minyak manakala RM40 bilion bagi subsidi dan insentif secara keseluruhannya sedangkan hanya RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
"Kita lihat ini tidak seimbang sebab apabila kita belanja terlalu banyak untuk subsidi, ini akan berlakunya ketirisan, pembaziran dan ketidakadilan," katanya.
Sambil memberikan contoh, Najib berkata dengan mengurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar, kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan disalurkan kepada 7.9 juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Menyedari kenaikan kos sara hidup, perdana menteri berkata kerajaan sentiasa sensitif dan terus menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan timbalan perdana menteri untuk mengambil langkah-langkah mengurangkan beban rakyat selain turun padang memantau harga.
"Dengan pelbagai usaha ini, harga barangan kini bertambah stabil.
"Kita memang memberi perhatian kepada masalah rakyat apabila ekonomi bertambah kukuh kita boleh tolong rakyat, termasuk kebajikan penjawat awam," katanya.
Najib berkata melalui dasar negara yang bersifat inklusif dan mampan, perkembagan ekonomi negara berada pada landasan yang betul untuk mencapai kadar pertumbuhan lebih kukuh apabila mencatatkan nilai perdaganan RM1.3 trilion, yang merupakan tertinggi dalam sejarah, dan nilai pelaburan RM216 bilion pada tahun lepas.
"Kita tidak boleh bertahan setakat ini, tetapi bak kata 'self-improvement'' bagi individu dan sebagai sebuah negara kita perlu melakukan penambahbaikan untuk negara supaya kita boleh mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi dan sederhana tinggi.
"Banyak negara lain masih bergelut dengan pelbagai masalah dan ekonomi dunia masih tidak menentu. Sehubungan itu, kita mesti membuat persediaan dengan mengambil langkah proaktif agar perkembangan ekonomi negara lebih bertambah tinggi dan Malaysia boleh menjadi sebuah negara maju pada 2020," katanya.
Bernama
Mon Mar 03 2014
Empat lelaki larikan barang kemas pelanggan kedai
Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam.
Program Kembara Merdeka platform semarak semangat patriotisme - Rubiah
Program Kembara Merdeka yang diadakan bersempena dengan Bulan Kebangsaan 2024 menjadi platform terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara.
10 Berita Pilihan - (19 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
PETRA serah tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyerahkan tiga projek siap kepada Kerajaan Negeri Terengganu bernilai RM141.27 juta.
SUKMA 2024: Jonah pecah rekod temasya walau sakit bahu
Atlet meningkat naik dari Sarawak Jonah Chang Rigan melakukan lontaran sejauh 17.66 meter (m) untuk meraih pingat emas acara lontar peluru lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.
AWANI Ringkas: Pembelaan Najib kemuka hujah setebal 2,500 muka surat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 19th August 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
- Govt launches PuTERA35 to uplift Bumiputera's economy
- World Humanitarian Day: Putting an end to unjust killing in Gaza
#AWANIEnglish #AWANINews
7 termasuk suami isteri ditahan, dadah lebih RM10 juta dirampas
Polis menahan tujuh individu termasuk pasangan suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM10 juta dalam tiga serbuan di sekitar bandar raya ini pada 12 Ogos lepas.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
1MDB: Pembelaan Najib kemuka hujah 2,500 muka surat
Pihak pembelaan dalam perbicaraan rasuah membabitkan Najib berkaitan 1MDB telah mengemukakan hujah-hujah setebal 2,500 muka surat di Mahkamah Tinggi.
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
Najib bantah permohonan Majlis Peguam cabar keputusan Lembaga Pengampunan
Najib Razak memfailkan bantahan awal terhadap tindakan Majlis Peguam mencabar keputusan Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara dan denda.
Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan
Pejabat Peguam Negara belum memutuskan mengenai representasi Najib bagi menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.
Mahkamah tolak permohonan Najib, anak lelaki tangguh prosiding bankrap
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.