KUALA LUMPUR: Cadangan pelaksanaan rasionalisasi subdisi diesel seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, menjadi antara tumpuan ahli Parlimen pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) berkata, pelaksanaan subdidi bersasar, akan memberi banyak penjimatan kepada kerajaan dalam aspek penguatkuasaan, malah memberi kesan positif dalam usaha mewujudkan satu ekosistem kewangan yang lebih mantap.
"Sistem subsidi pukal diamalkan ketika ini tidak lagi relevan," katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini.
Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pula berkata kerajaan wajar terlebih dahulu mencari penyelesaian, dalam menyekat subsidi petrol dan diesel daripada terus dinikmati warga asing di negara ini.
"Kawalan sempadan perlu diperketat bagi mengelakkan bahan api itu diseludup ke luar negara," katanya.
Sementara itu, Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) ketika membahaskan rang undang-undang itu, antara lain turut menyentuh mengenai isu kemiskinan.
Beliau berkata usaha merapatkan jurang perbezaan kemiskinan di negara ini, memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan untuk bersama-sama membantu golongan yang memerlukan.
"Setiap insan mempunyai peranan untuk menzahirkan sifat ihsan agar berkeupayaan dan berkemampuan meletakkan diri pada tempat orang lain, justeru kerjasama setiap pihak berkepentingan, sehinggalah ahli Parlimen kerajaan dalam membahaskan persoalan melibatkan kelangsungan rakyat di kawasan masing-masing, mampu mengakhiri kitaran ganas kemiskinan.
"Semua ini tidak boleh berlaku sekelip mata, tetapi keazaman dalam setiap insan untuk bersifat ihsan sebagai sebuah Masyarakat Malaysia MADANI, mampu melakar semula kisah negara kita yang lebih baik", katanya.
Seorang ahli Parlimen pula mencadangkan kerajaan mempertimbang pengenalan cukai atas simpan korporat, sebagai usaha meningkatkan pendapatan negara yang boleh disalurkan khusus kepada golongan miskin dan memerlukan.
Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) berkata cukai itu, boleh dikenakan terhadap simpanan korporat berjumlah besar yang melebihi RM1 juta.
"Di Malaysia tidak ada langsung cukai atas simpanan yang berjumlah jutaan, puluh juta malah bilion, langung tidak dikenakan cukai apabila ia genap setahun, jadi saya rasa kerajaan perlu mempertimbangkan cukai ini yang dirasakan akan dapat hasil besar.
"Jumlah cukai yang dikeluarkan tak perlu banyak, kerana golongan kaya juga perlu dijaga hak dan hasil mereka dan supaya mereka tidak dizalimi, jadi cukai 2.5 peratus setahun dengan ambil kira jumlah minimum setahun yang dimiliki oleh pihak syarikat dan korporat," katanya.
Muhammad Fawwaz berkata jumlah itu tidak akan membebankan golongan kaya dan kadar cukai yang dicadangkan itu bersesuaian dengan kadar zakat harta yang dikenakan oleh Islam, selain kerajaan boleh mengenakan kadar lebih rendah jika dibimbangi akan menimbulkan sentimen negatif dalam kalangan pelabur.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata kerajaan wajar terlebih dahulu mencari penyelesaian, dalam menyekat subsidi petrol dan diesel daripada terus dinikmati warga asing di negara ini. - Gambar fail
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Peruntukan RM320 juta diperoleh Julai
Peruntukan RM320 juta yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan penyelesaian jangka pendek isu masalah bekalan air di Sabah dijangka akan diperoleh pada Julai tahun ini.
Tiada kompromi isu tuntutan 40 peratus hasil negeri
Kerajaan negeri menegaskan untuk tidak akan berkompromi terhadap isu tuntutan 40 peratus hasil yang dikutip Kerajaan Persekutuan di negeri ini, seperti terkandung dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pengasingan kuasa AG, Pendakwa Raya harap selesai tahun ini
Semua pihak mempunyai hak untuk mendapatkan pengadilan di mahkamah.
Keuntungan bersih Maxis meningkat kepada RM353 juta pada suku pertama 2024
Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat kepada RM353 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024.
Tak perlu lagi redah perjalanan lebih sejam ke klinik
Penduduk Kampung Togop Darat 1 di Ranau, Sabah sebelum ini terpaksa membuat perjalanan lebih satu jam untuk ke pekan terdekat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Saya ingat orang buat cerita - Bapa
Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke separuh akhir
Lee Zii Jia berada di landasan tepat bagi mengejar misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Pengagihan subsidi menggunakan sistem MySARA langkah terbaik - Penganalisis UiTM Sabah
Pengagihan subsidi secara bersasar dengan memanfaatkan sistem Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) adalah langkah yang terbaik.
Kerajaan pertimbang subsidi untuk kumpulan berpendapatan sederhana yang memerlukan - KPDN
Kerajaan sedang mempertimbang untuk memastikan kumpulan berpendapatan sederhana yang memerlukan bantuan terus mendapat insentif tersebut.
AmBank jangka inflasi 2024 berada antara 2.5% hingga 3.5%
Rasionalisasi subsidi dan kenaikan cukai perkhidmatan, AmBank jangka inflasi 2024 berada antara 2.5% hingga 3.5%
Rasionalisasi subsidi diesel: Kerajaan pastikan jaminan makanan stabil - Rafizi
Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Rasionalisasi subsidi antara disentuh dalam perbahasan Ahli Parlimen
Jimmy Puah berkata, pelaksanaan subdidi bersasar, akan memberi banyak penjimatan kepada kerajaan dalam aspek penguatkuasaan.
PM Anwar beri jaminan rasionalisasi subsidi tidak akan bebankan rakyat
Jelas Anwar, tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.
Rasionalisasi subsidi mungkin jejas pertumbuhan KDNK Malaysia - Ahli Ekonomi
Ahli Ekonomi itu berkata ia adalah tidak sesuai untuk melakukan rasionalisasi subsidi terutamanya ketika negara masih dalam proses pemulihan daripada era pandemik.