KUALA LUMPUR: Tindakan berani yang diambil oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulihkan ekonomi Malaysia walaupun melibatkan langkah-langkah yang tidak popular, tetapi penting untuk kemajuan negara, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd, Afzanizam Abdul Rashid.
Beliau berkata, langkah melaksanakan pembaharuan subsidi diesel dan kadar cukai perkhidmatan yang lebih tinggi akan membolehkan Malaysia menghadapi sebarang cabaran ekonomi yang mungkin timbul pada masa hadapan.
"Apa yang lebih penting, ia adalah untuk membolehkan lebih ruang fiskal bagi kerajaan untuk berbelanja lebih dalam bidang yang boleh membawa lebih produktiviti untuk negara, terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan pendidikan, penjagaan kesihatan dan infrastruktur," katanya dalam program televisyen Bernama World.
Mohd Afzanizam menyatakan, langkah-langkah pembaharuan itu telah mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak berkepentingan, terutamanya daripada pasaran kewangan, yang diterjemahkan kepada prestasi yang lebih baik bagi ringgit dan pasaran ekuiti.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata, Malaysia telah berdepan dengan isu defisit belanjawan selama beberapa dekad dan defisit tersebut telah wujud tanpa mengira kitaran ekonomi.
"Secara idealnya, belanjawan seimbang seharusnya dicapai apabila ekonomi telah pulih sepenuhnya daripada sebarang bentuk kejutan, tetapi saya fikir ia lebih daripada itu, apa yang kita lihat adalah defisit tersebut berterusan dan telah menjadi struktur.
"Jadi saya rasa pentadbiran semasa ini sedang membuat langkah berani untuk memastikan kedudukan fiskal kita, terutamanya berkaitan dengan defisit dan tahap hutang, yang akan dikembalikan ke tahap yang lebih mampan," katanya lagi.
Mohd Afzanizam berpendapat, strategi pentadbiran semasa juga akan menarik minat pelabur asing, terutamanya kerana kedudukan kewangan yang lebih kukuh akan menghasilkan skor kredit yang lebih tinggi.
"Agensi penarafan telah memberi ulasan positif terhadap pasaran Malaysia dan ini akan menjadi fokus jualan bagi pasaran Malaysia kita, yang akhirnya akan menarik lebih banyak dana asing ke Malaysia dan mungkin akan menyumbang kepada peningkatan nilai ringgit," tambahnya.
Bagaimanapun, Mohd Afzanizam mengakui bahawa langkah-langkah yang tidak popular ini memerlukan komunikasi yang lebih baik dan kerajaan perlu jelas dalam menyampaikan mesej supaya rakyat dapat memahami objektif tindakan tersebut.
"Orang ramai perlu tahu apakah hasil yang akan mereka peroleh pada masa akan datang," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024

Langkah melaksanakan pembaharuan subsidi diesel dan kadar cukai perkhidmatan yang lebih tinggi akan membolehkan Malaysia menghadapi sebarang cabaran ekonomi yang mungkin timbul pada masa hadapan. - Gambar hiasan/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.

Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.

TCLC, INSAP lancar tinjauan dalam talian mengenai kajian klasifikasi pendapatan isi rumah, penarikan balik subsidi
TCLC dan INSAP melancarkan tinjauan dalam talian bertajuk -Kajian Klasifikasi Pendapatan Isi Rumah dan Penarikan Balik Subsidi.-

Subsidi diesel: Hak dia nak saman, kita jumpa di mahkamah - Loke
Loke memaklumkan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui kenyataan yang dikeluarkan Datuk Armizan Mohd Ali, pada Sabtu.

Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman termasuk PM, kerajaan Persekutuan
Armizan mengesahkan menerima writ saman daripada dua individu berkaitan penarikan subsidi diesel di Semenanjung dan pengecualian subsidi itu terhadap Sabah dan Sarawak.

Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diesel - Rafizi Ramli
Walaupun harga diesel diapungkan, masih terdapat sektor-sektor yang harganya diberikan subsidi kepada golongan tertentu seperti nelayan.