Rasional pandangan dan gerak hati Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenaan politik Johor dan Malaysia bukanlah satu bentuk campur tangan istana dalam suasana politik tanah air.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia adalah pandangan ikhlas seorang Tunku Mahkota dan wajar dihormati dan dihargai oleh rakyat.
"Islam meletakkan peranan ruang siasah sebagai alat membina negara dan menjaga maslahah. Banyak pandangan TMJ berkisar kerisauan seorang kerabat Raja berkait perjalanan siasah dan maslahah negara.
"Suara rasional insan berpengaruh seperti TMJ tidak wajar dipinggirkan. Sikap sebahagian netizen yang membidas 'suara hati' Tuanku ini amat dikesali. Dalam konteks Malaysia, paksi tunjang sebuah kerajaan adalah akal budi sistem kesultanan Melayu yang ada.
"Adab yang wajar, untuk kita sebagai rakyat adalah mengambil teguran dan pandangan TMJ sebagai jalur jati diri kita dalam membuat keputusan politik. Secara peribadi, pandangan itu bukan sahaja untuk rakyat Johor; malah seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: 'Jangan terpengaruh dengan anasir luar' - TMJ
Tunku Ismail pada Sabtu bertitah kepada rakyat negara ini untuk membuka mata dan tidak terpengaruh dengan apa yang dikatakan oleh individu berusia 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri.
Titah Tunku Ismail dimuat naik dalam laman rasmi Facebook Johor Southern Tigers.
Dalam pada itu kata Reezal, cabaran menghebat negara tidak sepatutnya diterasi dengan politik kesumat dan dendam.
"Politik individu 'lidah bercabang' seperti yang diungkap TMJ perlu kita perhalusi dengan teliti.
"TMJ punya hak untuk bersuara dan menyedarkan rakyat jelata. Hak ini tidak terpinggir, malahan terabsah dengan kedudukan TMJ sebagai pewaris takhta negeri Johor Darul Takzim dan jajahan takluknya.
"Setiap hati rakyat wajar terusik dengan teguran tersebut. Ingatan TMJ tidak berakhir di sempadan siasah negeri Johor. Ia ingatan buat sekalian rakyat Malaysia," jelasnya.
Astro Awani
Sun Apr 08 2018
REEZAL: Adab yang wajar, untuk kita sebagai rakyat adalah mengambil teguran dan pandangan TMJ sebagai jalur jatidiri kita dalam membuat keputusan politik. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: ASEAN pacu pelancongan antara negara anggota
Ikuti ulasan Pengerusi Konsortium Inbound Tourism Alliance, Uzaidi Udanis mengenai pertumbuhan sektor pelancongan sempena kepengerusian ASEAN Malaysia sepanjang tahun 2025.
Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat GRO, tahan 123 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen menahan 123 pendatang tanpa izin terdiri daripada 54 lelaki dan 69 wanita dalam serbuan di sebuah pusat hiburan mewah di Jalan Sultan Ismail di sini tengah malam tadi.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
Ketua konservatif EU mahu kenakan tarif jika AS laksana tarif ke atas EU
Parlimen Eropah digesa bertindak balas jika Amerika Syarikat mengenakan tarif import yang lebih tinggi terhadap Kesatuan Eropah (EU).
Pegawai keselamatan Presiden Korea Selatan tidak endahkan permintaan polis untuk disoal siasat
Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) tidak mengendahkan permintaan polis untuk hadir ke sesi soal siasat pada Sabtu, sehari selepas menggagalkan percubaan agensi antirasuah negara unt
JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
Projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa kedua dijangka dimulakan tahun ini.
Microsfot berhasrat labur USD80 bilion dalam AI
Microsoft berhasrat melabur kira-kira USD80 bilion (RM360 bilion) dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) pada tahun fiskal 2025.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif 2024
Virus hMPV merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Istana Kehakiman
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya telah menerima permohonan daripada penganjur himpunan tersebut pada Selasa lepas.
Sampah hanyut banjiri pantai akibat air pasang
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar menyaksikan beberapa pantai tumpuan termasuk di Pantai Batu Buruk dan pantai Seberang Takir di Terengganu dicemari sampah hanyut.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Meta ingin tambah perkongsian bot AI pada Facebook, Instagram
Meta berkata langkah ini adalah dalam usaha menjadikan platform di bawah mereka lebih menarik dan mempertingkatkan interaksi.
Bidaan nombor plat 'ANU' kutip RM2.3 juta - JPJ Perak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan siri 'ANU' sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.
Duta Korea Selatan di Malaysia beri penghormatan kepada mangsa nahas Jeju Air
Duta Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung-bae, pada Selasa memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat Jeju Air yang meletup dan terbakar selepas merempuh tembok konkrit Ahad lepas.
PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.
Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
Tunku Mahkota Ismail sahkan Cahill bukan CEO Harimau Malaya
Tunku Mahkota Ismail akhirnya menamatkan spekulasi yang mengaitkan legenda bola sepak Australia Tim Cahill sebagai sebahagian daripada revolusi pasukan kebangsaan.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.