IPOH: "Saya laung azan tiga kali, rasa macam kuda lari atas rumah," kata Ismail Daud, 65, menceritakan kejadian ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya dalam kejadian di Klebang Jaya, di sini petang tadi.
Menurut pesara tentera itu ketika kejadian kira-kira 4.15 petang, dia sedang tidur di ruang tamu rumah manakala isteri dan dua anaknya sedang berehat.
"Saya tersedar apabila siling rumah tiba-tiba jatuh dan air hujan masuk rumah, serentak itu bumbung rumah dari dapur dan bilik sehingga ruang tamu diterbangkan angin ribut satu persatu," katanya ketika ditemui di rumahnya malam ini.
Katanya ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut.
Ia membuatkan dia gerun dan melaungkan azan tiga kali.
"Sebaik azan yang ketiga ribut mula berhenti, saya bersyukur kerana tiada ahli keluarga atau sesiapa yang cedera," katanya.
Ismail yang telah menetap 22 tahun di Taman Klebang Jaya berkata sebelum ini ribut pernah berlaku sebanyak dua kali namun kejadian hari ini adalah yang terburuk.
Seorang lagi mangsa D.Thanivel, 66, berkata ketika kejadian dia dan keluarga tiada di rumah kerana melawat ahli keluarga yang sakit di sebuah hospital di Ipoh.
"Ada jiran memberitahu saya bumbung rumah saya diterbangkan ribut, air masuk ke rumah menyebabkan saya bergegas pulang.
"Bila sampai saya lihat bumbung ruang tamu dan dua daripada tiga bilik telah terbang dan siling rumah juga runtuh," katanya yang tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan seorang anaknya.
Sementara itu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan 47 rumah di Taman Klebang Jaya terjejas akibat kejadian ribut berkenaan susulan hujan lebat selama lebih dua jam.
Kenyataan itu berkata anggota dan ambulans telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk membuat penilaian risiko.
"Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Ismail Daud, 65, menceritakan kejadian ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung rumahnya dalam kejadian di Klebang Jaya, petang tadi. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Rasa macam kuda lari atas rumah" - Mangsa ribut Klebang Jaya
Ribut dan angin kuat yang berlangsung kira-kira 20 minit itu turut menerbangkan bumbung rumah jiran dan menarik tiang serta wayar elektrik di kawasan tersebut.

Agong berkenan santuni mangsa ribut, kurnia sumbangan kepada asnaf
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyantuni dan meninjau kerja baik pulih rumah seorang mangsa ribut di Kampung Rantau Panjang Rompin.

Johor peruntuk hampir RM1 juta beri bantuan mangsa ribut Kampung Melayu Majidee
Setiap keluarga mendapat bantuan awal sebanyak RM3,000 yang disampaikan di Dewan Kampung Melayu Majidee hari ini.

Mangsa ribut, puting beliung tidak akan terlepas bantuan kerajaan negeri - MB
Peruntukan juga akan ditambah sekiranya tidak mencukupi, susulan terdapat mangsa yang mendakwa tidak menerima bantuan RM300 itu.

Polis terima 305 laporan mangsa ribut dan puting beliung di Ipoh
Setakat ini, tiada kecurian harta benda dilaporkan dan pasukan keselamatan berjaya mengawal keadaan dengan melakukan rondaan.

Mangsa ribut terima bantuan kecemasan RM300 dari kerajaan Perak
Kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti kontraktor yang berkelayakan untuk membaik pulih rumah penduduk terjejas.

Jumlah meningkat, 1,358 buah rumah musnah akibat ribut - MB Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata jumlah rumah mangsa yang rosak akibat ribut Taufan Lekima pada Jumaat meningkat sehingga 1,358 seluruh negeri itu.