JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memperuntukkan hampir RM1 juta bagi memberikan bantuan kepada 255 keluarga di Kampung Melayu Majidee, di sini yang terjejas akibat ribut pada 3 Mei lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata setiap keluarga mendapat bantuan awal sebanyak RM3,000 yang disampaikan di Dewan Kampung Melayu Majidee hari ini.
Beliau berkata bantuan wang tunai itu merupakan sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar Johor, Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Agama Islam Negeri Johor.
"Bantuan awal ini diberikan kepada semua mangsa terjejas tanpa mengira kategori kerosakan kediaman mereka, sama ada tahap sedikit, sederhana atau teruk," katanya pada sidang media selepas meninjau proses penyerahan bantuan kepada mangsa di Dewan Kampung Melayu Majidee, di sini hari ini.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin itu berkata bantuan bakul makanan turut diberikan kepada mangsa daripada Southern Volunteers dan Pejabat Parlimen Johor Bahru.
Sementara itu, beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga masih membuat penilaian kerosakan rumah mangsa yang terlibat sebelum bantuan seterusnya diberikan.
"Selepas penilaian kerosakan rumah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), saya akan memohon bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan untuk membantu (menghulurkan sumbangan) rumah yang rosak teruk," katanya.
Sementara itu, seorang mangsa ribut Asmah Sakiran,54, ketika ditemui meluahkan rasa kesyukuran atas pemberian bantuan awal itu.
Katanya wang tersebut akan digunakan untuk membayar semula duit perkahwinan anaknya yang didahulukan bagi membaiki atap yang rosak akibat ribut.
"Mak cik baiki dulu atap rumah dengan anggaran kos RM2,000 menggunakan duit simpanan kahwin anak. Setiap petang hujan lebat, kalau tidak diganti cepat, barang rumah banyak yang akan rosak," katanya.
Selain menjejaskan rumah penduduk, kejadian ribut pada pukul 2.48 petang, 3 Mei lepas itu turut menyebabkan tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Keadaan kediaman salah seorang penduduk di kampung melayu Majidee yang terjejas teruk akibat dibadai ribut pada minggu lalu. - Bernama
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
Kerajaan peruntuk RM5.5 juta tambah baik infrastruktur Pasar Siti Khadijah - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM5.5 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf infrastruktur di Pasar Siti Khadijah.
Peruntukan hampir RM1 juta tahun ini untuk atasi banjir di Kluang
Peruntukan itu antara lain untuk kerja naik taraf benteng sungai, memulihkan saliran dan pemuliharaan tebing.
EU umum dana 10 bilion euro untuk negara terjejas banjir
Ursula von der Leyen pada Khamis mengumumkan bahawa negara-negara yang terjejas banjir akan mendapat akses kepada dana berjumlah 10 bilion euro (US$11 bilion) daripada Kesatuan Eropah (EU).
UAE peruntuk AS$7 juta tangani kebuluran di Sudan, Sudan Selatan
Kira-kira 17.7 juta orang di Sudan dan 7.1 juta orang di Sudan Selatan menghadapi masalah kekurangan makanan.
Presiden UAE umum AS$5 juta untuk kempen vaksinasi polio di Gaza
Presiden UAE mengumumkan peruntukan sebanyak AS$5 juta untuk membiayai kempen vaksinasi polio di Gaza.
Sabah peruntuk RM470 juta bagi pembangunan modal insan - Hajiji
Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Peruntukan kepada sekolah ikut keperluan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peruntukan kepada sekolah akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.
Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Pahang peruntuk lebih RM3 juta untuk program pembangunan belia
Peruntukan itu disalurkan melalui Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Majlis Belia Pahang serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri.
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.