"Rasa baik selepas sarapan. Dapat memberikan saya tenaga. Saya bersyukur dapat makanan percuma."
Demikian disuarakan salah seorang murid Tahun Enam yang mengikuti Program Sarapan Percuma di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu Menggatal di sini pagi ini.
Kata Nurul Qharriah Pormin, 12 tahun, program sarapan tersebut amat berkesan bagi memastikan murid-murid tidak berlapar sebelum memulakan pelajaran pada waktu pagi.
Dia antara 415 murid yang tersenarai dan layak menerima juadah sarapan nasi lemak pagi ini, di bawah rancangan sarapan itu di SK Kebagu.
Keseluruhannya, seramai 5,423 murid daripada 13 buah sekolah seluruh Sabah menerima manfaat daripada program sarapan yang bermula di seluruh negara hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin yang hadir meninjau pelaksanaan program itu di sekolah tersebut berkata, program sarapan percuma itu dilihat mendapat respon positif dalam kalangan murid yang tersenarai.
"Kita mendapat makluman bahawa, banyak murid yang tidak sarapan pagi.
"Sebelum ini, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dibuat pada waktu rehat, jadi apabila mereka makan sebelum waktu pembelajaran, itu sesuatu yang bagus, supaya mereka tidak lapar," katanya.
BACA: Lebih 4,000 murid beroleh manfaat daripada Program Sarapan Percuma
BACA: Program Sarapan Pagi hanya untuk murid kurang berkemampuan - Tun Mahathir
BACA: Program Sarapan Percuma dijangka manfaat 2.7 juta murid seluruh negara - Maszlee
Selain SK Kebagu, antara sekolah yang turut terlibat adalah SK Kulambai, SK Tandek, SK ST James (M), SK Pinggan-Pinggan, SK Binsulok, SK Kundasang, SK Penangah, SK Bukit Garam, SK Kabogan, SK Umas-Umas, SK Nambayan dan SK Pekan Nabawan.
Mengulas mengenai program RMT di SK Kebagu, Mistirine berkata, pihaknya berpuas hati berkenaan pelaksanaannya namun ia masih memerlukan penambahbaikan dalam tempoh terdekat ini.
"Untuk penambahbaikan program RMT ini, buat masa ini, tidak semua murid dapat sarapan (di bawah PSP), hanya yang berpendapatan RM1,180 sebulan sahaja. Jadi, tidak semua rakyat dapat kemudahan ini," katanya.
Mistirine berkata, dari segi penyediaan makanan, tidak ada masalah yang timbul.
"Cuma mungkin ada sedikit masalah dari segi tempat makan, itu sahaja. Tetapi saya percaya, sekolah akan buat penambahbaikan," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jan 20 2020
!['Rasa bertenaga pagi ini, tidak lagi berlapar' 'Rasa bertenaga pagi ini, tidak lagi berlapar'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/41579487902_programrmtskkebag.jpg)
Sebahagian daripada 415 murid SK Kebagu yang menerima manfaat daripada Program Sarapan Percuma yang bermula di seluruh negara hari ini. - Astro AWANI
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu 55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738851514_PolisDaerahKotaKi.jpg)
55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.
![Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735296686_TBNORLELAISMAIL.jpg)
Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.
![Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734912942_tbkemalanganmaut.jpg)
Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.
![Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726195632_HariMalaysiaKemK.jpg)
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
![Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726037942_TBmemeranggnas.jpg)
Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta
Penutupan itu susulan insiden serangan kumpulan memerang terhadap orang awam yang sedang berjoging di taman itu pada Rabu.
![Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724974593_rentung.jpg)
Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan
Identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, belum diketahui setakat ini.
![AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024 AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721701495_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
![51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu 51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721776135_setinggan.jpg)
51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu
Pendatang yang ditahan berusia antara 25 dan 50 tahun, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.
![Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720675900_GempaSabah.jpg)
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
![Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718339147_TBMohdArifin.jpg)
Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.