PUTRAJAYA: Satu rang undang-undang (RUU) sedang dirangka bagi merealisasikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Jemaah Menteri telah memberi persetujuan kepada cadangan diadakan RUU bagi menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan baharu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini, beliau berkata ketika ini terdapat 23 agensi bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), 14 agensi di Kompleks Sultan Abu Bakar dan sembilan di Rantau Panjang.
"Tujuan kerajaan mewujudkan SBA merupakan keputusan yang betul supaya sistem penyampaian menjadi cekap dan pantas, meningkatkan koordinasi antara agensi dan menambah baik isu integriti," katanya.
Susulan keputusan Jemaah Menteri itu, Saifuddin Nasution berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memulakan kerja bagi merangka RUU berkenaan dan ia dijangka dibentang di Parlimen suku pertama tahun ini.
Penubuhan SBA diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Saifuddin berkata Jemaah Menteri telah memberi persetujuan kepada cadangan diadakan RUU bagi menubuhkan entiti baharu SBA yang akan memakai satu nama dan beroperasi sebagai satu agensi kawalan sempadan baharu. - Gambar fail/Bernama

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Rang undang-undang bagi penubuhan agensi tunggal sempadan negara sedang dirangka
Satu rang undang-undang (RUU) sedang dirangka bagi merealisasikan penubuhan sebuah agensi tunggal sempadan negara (SBA).

Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin
Projek rintis bagi agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara dijangka akan dimulakan tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.