JOHOR BAHRU: Projek rintis bagi agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara dijangka akan dimulakan tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilantik sebagai agensi peneraju untuk inisiatif itu bagi memulakan kerja-kerja awalan.
Sehubungan itu, beliau berkata satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Ruji Ubi diadakan di Putrajaya hari ini bagi membincangkan pelbagai perkara berhubung pelaksanaan SBA.
"Sekarang kita ada dua bulan untuk menyiapkan semua... (termasuk) soal struktur, organisasi, soal perjawatan dan usaha bagi menyegerakan projek perintis itu.
"Kita ada 141 pintu masuk yang diwartakan di seluruh negara, jadi sudah tentu kita mulakan dahulu dengan sejumlah pintu masuk yang kita akan umumkan sebagai projek perintis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani pembelian secara en-bloc Pangsapuri Aliff Sejahtera bagi kediamanan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, di sini. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurutnya KDN akan turut mencontohi model penubuhan pasukan seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam membangunkan projek rintis itu.
Beliau turut memberi contoh Singapura yang mempunyai agensi tunggal mengawal selia sempadan seperti Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).
Beliau berkata penubuhan agensi tunggal itu harus memenuhi tiga tujuan utama yang ditetapkan iaitu menyelaraskan koordinasi antara pelbagai agensi kawal selia yang bertanggungjawab di sempadan, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan mengekalkan integriti.
"Seperti dalam ucapan saya tadi, macam di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Ismail (BSI) ini ada kira-kira 20 agensi seperti JIM, Jabatan Pertanian, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.-- LAGI
"Di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) ada lebih kurang 14 agensi, jadi kalau kita buat single border agency macam negara jiran kita, dia ada satu sahaja yakni ICA, jadi saya rasa itu satu arah tuju yang betul," katanya.
Sementara itu, berhubung dengan kebajikan kakitangan JIM, Saifuddin Nasution berkata perumahan antara aspek yang diberi perhatian, dan pembelian secara en-bloc Pangsapuri Aliff Sejahtera, Tampoi itu adalah bagi menampung keperluan kediaman untuk dijadikan kuarters kakitangan JIM Johor.
Pembelian membabitkan kos RM41.08 juta itu merangkumi 72 unit pangsapuri perkhidmatan, lapan unit ruang kedai, 11 unit pejabat dan pelbagai kemudahan lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
![Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699420491_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilantik sebagai agensi peneraju untuk inisiatif itu bagi memulakan kerja-kerja awalan. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699420491_SaifuddinNasution.jpg)
Projek rintis agensi tunggal sempadan negara bermula tahun depan - Saifuddin
Projek rintis bagi agensi tunggal sempadan negara (SBA) bagi mengawal selia 141 pintu masuk negara dijangka akan dimulakan tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Agensi Tunggal Sempadan kini di peringkat akhir penubuhan - Saifuddin Nasution Agensi Tunggal Sempadan kini di peringkat akhir penubuhan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674200063_SaifuddinNasution.jpg)
Agensi Tunggal Sempadan kini di peringkat akhir penubuhan - Saifuddin Nasution
Agensi Tunggal Sempadan (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara kini dalam peringkat akhir penubuhan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620854063_BWF.jpg)
Terbuka Singapura: Kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Tokyo dibatalkan
Keputusan untuk membatalkan kejohanan merupakan keputusan bersama antara BWF dan Persatuan Badminton Singapura (SBA).
![Maxis, Samsung jalin kerjasama sedia khidmat mobiliti perniagaan Maxis, Samsung jalin kerjasama sedia khidmat mobiliti perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513356943_Maxis.jpg)
Maxis, Samsung jalin kerjasama sedia khidmat mobiliti perniagaan
Maxis Bhd and Samsung menjalin kerjasama bagi menyediakan khidmat perusahaan gred mobiliti kepada perniagaan Malaysia.