KUALA LUMPUR: Terbuka Singapura yang merupakan kejohanan kelayakan terakhir badminton ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah dibatalkan, semalam.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan menyatakan, keputusan untuk membatalkan kejohanan yang dijadualkan dari 1-6 Jun itu, merupakan keputusan bersama antara BWF dan Persatuan Badminton Singapura (SBA).
Kejohanan Super 500 dalam Jelajah Dunia BWF itu, merupakan kejohanan terakhir yang menawarkan mata ranking 'Race to Tokyo' (RTT) dalam sesi kelayakan ke Olimpik yang akan berakhir pada 15 Jun.
"BWF mengesahkan yang kejohanan itu tidak akan dijadualkan semula. BWF akan mengeluarkan kenyataan berkaitan kelayakan acara badminton untuk Sukan Olimpik 2020 pada satu tarikh lain," menurut kenyataan itu lagi.
Badan dunia badminton itu menyatakan, kesemua usaha telah dilakukan oleh penganjur dan BWF dalam memastikan situasi kejohanan yang selamat untuk semua peserta.
"Bagaimanapun, peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia, menyebabkan cabaran yang sukar dalam menguruskan perjalanan masuk ke Singapura. Oleh sebab itu demi kepentingan keselamatan dan kesihatan kesemua pemain, kakitangan kejohanan dan komuniti tempatan, maka kejohanan ini dibatalkan," menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penangguhan Terbuka Malaysia yang dijadualkan dari 25-30 Mei, selepas satu lagi kejohanan dalam RTT iaitu Terbuka India yang dijadualkan 11-16 Mei ditangguhkan dua minggu lepas, kedua-duanya akibat peningkatan kes COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Badan dunia badminton itu menyatakan, kesemua usaha telah dilakukan oleh penganjur dan BWF dalam memastikan situasi kejohanan yang selamat untuk semua peserta.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.