JOHOR BAHRU: Agensi Tunggal Sempadan (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara kini dalam peringkat akhir penubuhan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata inisiatif SBA yang dirancang sejak 2018 bagi menggantikan lebih 20 agensi penguat kuasa itu akan mengambil contoh agensi sempadan di negara antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan New Zealand.
"Kini di peringkat akhir perbincangan ke arah menterjemahkan idea SBA, kita tahu bahawa kawal selia sempadan biasa melibatkan banyak agensi, kalau kita berhasil wujudkan SBA, itu adalah arah tuju paling tepat untuk kita laksana penambahbaikan terhadap pengawalan sempadan negara.
"Dalam melaksanakan inisiatif ini, lebih 20 agensi akan disatukan antaranya Jabatan Imigresen, MAQIS (Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia), Jabatan Kastam, kesemua agensi ini kita satukan tanpa kompromi terhadap elemen keselamatan sebaliknya memanfaatkan teknologi dengan mengambil contoh amalan baik di beberapa negara antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Menangani Kesesakan di Tambak Johor di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata pihaknya sedang melakukan penyelarasan perincian akhir dengan beberapa agensi kerajaan terlibat sebelum pelaksanaan SBA dimulakan secepat mungkin.
"Ini bukan pengalaman baharu, sewaktu penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) lepas, ia melibatkan sembilan agensi berbeza antaranya Tentera Laut dan Jabatan Perikanan. Kesemua agensi itu telah melalui proses libat urus dan menjadi satu agensi tunggal.
"Selepas APMM diwujudkan, ia merupakan satu keputusan yang betul kerana kawalan sempadan maritim negara lebih terkawal jika diukur daripada sudut angka jenayah maritim. Sebab itu kita beri konotasi kita akan wujudkan satu agensi tunggal yang berkuat kuasa atas sempadan, tetapi mesti ada akta yang mengawal selia semua itu," katanya.
Jemaah Menteri pada 30 Julai 2021 telah memutuskan untuk mewujudkan SBA yang akan mengawal pintu masuk negara termasuk pelabuhan berikutan isu kesesakan di Tambak Johor.
Tujuh fungsi SBA di pintu masuk iaitu pemeriksaan orang, pemeriksaan barangan dan kargo, kuarantin dan pemeriksaan bagi tumbuhan dan binatang serta makanan, pemeriksaan berkaitan hidupan liar, pemeriksaan kenderaan persendirian dan perdagangan, pemeriksaan kesihatan bagi kawalan penyakit dan farmasi dan penguatkuasaan keselamatan.
Mengenai kesesakan laluan masuk keluar antara Malaysia dan Singapura, Saifuddin Nasution berkata laluan e-gate di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri telah dibuka untuk bukan warganegara mulai hari ini.
Beliau berkata inisiatif itu antara langkah penyelesaian jangka pendek yang diambil untuk mempercepat aliran keluar masuk pengembara di kedua-dua kompleks CIQ berkenaan sekali gus memanfaatkan 30,000 hingga 50,000 warga Singapura yang berulang alik ke Johor untuk tujuan sosial.
"Sebelum ini, e-gate hanya terhad kepada kegunaan pemegang pasport Malaysia iaitu rakyat tempatan sahaja tetapi mulai hari ini kita membuat keputusan untuk membuka akses laluan masuk ini kepada warga Singapura yang menggunakan e-passport.
"Selain itu, jumlah laluan e-gate di BSI juga akan ditambah. Ketika ini jumlah e-gate yang ada ialah sebanyak 20 laluan masuk dan 20 keluar, jadi kita akan tambah lagi 20 laluan," katanya sambil menambah BSI merekodkan seramai lebih 200,000 pengembara sehari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui media selepas melakukan siri lawatan kerja di Bangunan Sultan Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
Agensi Tunggal Sempadan kini di peringkat akhir penubuhan - Saifuddin Nasution
Agensi Tunggal Sempadan (SBA) bagi mengawal selia pintu masuk negara kini dalam peringkat akhir penubuhan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.