KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan mencadangkan supaya peruntukan Skim Program Pembangunan Usahawan Malaysia India (SPUMI) Tabung Ekonomi Kumpulan Niaga (TEKUN) Nasional yang berjumlah RM30 juta, ditambah seiring dengan cabaran semasa.
Beliau berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, yang berjanji akan membawa perkara tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pada masa sama, Datuk Ewon juga meminta saya melihat pelbagai keperluan lain yang boleh memberi manfaat kepada kaum India, khususnya di SME Corporation Malaysia (SME Corp), Suruhanjaya Koperasi dan agensi lain di bawah kementerian.
"Saya faham ramai usahawan memerlukan sokongan dan bantuan. Kita akan cuba bantu yang terbaik," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.
Terdahulu, Ramanan mengadakan perjumpaan bersama Ewon bagi membincangkan pelbagai topik dan program, serta rancangan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi tahun ini.
Beliau berkata pertemuan tersebut merupakan komitmen untuk kerjasama penuh sinergi bagi memaksimumkan fungsi dan peranan kementerian, demi memajukan sektor usahawan dan koperasi.
"Ia juga mencerminkan semangat kolaboratif yang akan menjadi pendorong utama bagi pembangunan ekonomi dan keusahawanan negara.
"Semoga tugas ini menjadi wadah kekuatan dan tunjang baharu dalam menggerakkan KUSKOP, untuk terus berbakti kepada masyarakat sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Ramanan berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Ewon, yang berjanji akan membawa perkara tersebut kepada Anwar. - Foto fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.

Ramanan umum peruntukan terbesar RM100 juta untuk perkasa usahawan India
R Ramanan mengumumkan peruntukan RM100 juta melalui TEKUN Nasional untuk memperkasakan dan memperkukuh lagi agenda pemerkasaan ekonomi komuniti India.

TEKUN bantu lebih 2,700 usahawan India sepanjang tahun ini
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM57.97 juta kepada 2,730 usahawan India setakat 23 Dis, di bawah program skim pembiayaan SPUMI Goes Big dan

Tidak benar kerajaan abaikan kaum India - PM Anwar
Beberapa peruntukan tambahan yang telah disalurkan Kerajaan Perpaduan khusus bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini adalah bukti kerajaan tidak mengabaikan golongan itu.

Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.

TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.

Ramanan cadang tambah peruntukan TEKUN untuk usahawan kaum India
Datuk R. Ramanan mencadangkan supaya peruntukan SPUMI TEKUN Nasional yang berjumlah RM30 juta, ditambah seiring dengan cabaran semasa.

Kaum India, SJKT masih terima bantuan dan peruntukan besar - Sivakumar
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyangkal dakwaan kononnya masyarakat India tidak memperoleh peruntukan khusus dalam Belanjawan 2024 berbanding belanjawan sebelum ini.

PEMULIH: MEDAC akan perinci mekanisma pelaksanaan pembiayaan mikrokredit
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan memperincikan mekanisma pelaksanaan pembiayaan mikrokredit.

Perluas moratorium automatik tanpa faedah kepada semua pinjaman - Armada
Pelaksanaan moratorium berkenaan mampu menyuntik kembali semangat rakyat seluruhnya dalam mendepani pandemik COVID-19.