NIBONG TEBAL: Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan tambahan RM130 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini, dalam tempoh empat bulan lepas.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, ini meliputi tambahan RM50 juta bagi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Beliau berkata, selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
"SPUMI sejak 2008 hingga 2024, tidak pernah ada penambahan dana. Namun, hari ini kerajaan memperuntukkan RM60 juta (secara keseluruhan) untuk SPUMI.
"Sebelum ini dana untuk usahawan wanita India (PENN) hanya RM20 juta tetapi hari ini Kerajaan MADANI bagi RM70 juta iaitu tambahan RM50 juta," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Komuniti Usahawan India, di sini, malam tadi.
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberikan peruntukan yang besar kepada masyarakat India di Malaysia, berbanding kerajaan terdahulu.
Justeru, beliau meminta kaum India untuk memanfaatkan peruntukan yang dikhaskan kepada mereka itu, supaya tidak ada golongan yang akan tercicir.
Sementara itu, Ramanan berkata, seramai 25,559 usahawan masyarakat India telah mendapat pembiayaan di bawah Skim SPUMI bernilai RM45.7 juta di seluruh negara sejak 2008 hingga Mei, termasuk RM31.5 juta kepada 1,698 usahawan India di Pulau Pinang.
Mengenai Skim SPUMI Goes Big pula, beliau berkata, 67 permohonan bernilai RM2.78 juta daripada 106 permohonan diterima sejak dilancarkan pada 3 April telahpun diluluskan, manakala 30 permohonan masih sedang di proses.
"Semua penambahbaikan skim tersebut merupakan langkah bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, sekali gus merealisasikan transformasi sosioekonomi negara," katanya.
Ramanan juga berkata, Kerajaan Perpaduan kini sedang melakukan perubahan besar untuk masyarakat India, dengan terus melaksanakan pelbagai inisiatif serta program bagi kaum minoriti tersebut.
Terdahulu, Ramanan meninjau Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Ramanan (tengah) bergambar bersama para tetamu pada Majlis Perjumpaan Bersama Komuniti Usahawan India di Bukit Jawi Golf Resort di Nibong Tebal semalam. --fotoBERNAMA
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.

Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.

KUSKOP bakal umum satu lagi inisiatif perkasa ekonomi komuniti India - Ramanan
Satu lagi inisiatif khas oleh Kerajaan MADANI menerusi KUSKOP bagi memperkasakan dan memperkukuh ekonomi komuniti India, bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.

MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India
MITRA dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke KPN dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.

MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India
MIC dan Makkal Sakti menubuhkan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.

Mitra papar setiap penerima dana, pulihkan imej
Setiap penerima dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan dipaparkan dalam laman rasmi www.mitra.gov.my.

PM jamin komuniti India tidak dipinggir dalam pembangunan negara
Perdana Menteri memberi jaminan komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

Samy Vellu, pejuang pendidikan komuniti India
Beliau mendapatkan pinjaman RM2.089 juta daripada United Asian Bank atas namanya untuk pembinaan Kolej Tafe.

Pelan Induk Masyarakat India hak masyarakat India - Dr Subramaniam
Beliau menggesa masyarakat India agar mempunyai kepercayaan dan berharap kepada pelan induk itu ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.