PUTRAJAYA: Setiap penerima dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) akan dipaparkan dalam laman rasmi www.mitra.gov.my.
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata langkah dipersetujui dalam mesyuarat pertama jawatankuasa itu yang diadakan di sini hari ini dalam usaha membersihkan imej Mitra supaya keyakinan rakyat dikembalikan.
"Sebelum ini ramai yang maklumkan tidak tahu apa berlaku di Mitra. Pada masa akan depan, setiap penerima dana walaupun RM1, RM10 atau satu sen pun, kami akan pamerkan di laman Mitra," katanya kepada media selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra itu.
Ramanan berkata Mitra akan menghantar surat kepada Jabatan Audit Negara untuk membuat pengauditan yang teliti terhadap Mitra sebelum mengambil tindakan lanjut.
Beliau berkata pasukan khas juga akan memastikan peruntukan RM100 juta kepada Mitra di bawah Belanjawan 2023 akan disalurkan dengan telus dalam menyelesaikan kesusahan komuniti India dan India Muslim serta memperkasa komuniti itu.
Sementara itu, Ramanan berkata badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan membuat permohonan geran yang tarikh tutup dipanjangkan sehingga 28 Mei daripada 29 April.
Beliau berkata sebanyak 448 permohonan diterima Mitra sehingga kini.
Selain itu, beliau berkata pasukan khas juga akan menjemput pegawai dari Jabatan Integriti dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk terlibat sama dalam mesyuarat Mitra untuk membina semula keyakinan awam.
Ramanan berkata fokus pasukan khas itu adalah memulihkan imej Mitra yang tercalar dengan beberapa penstrukturan akan dilakukan.
Selain itu, katanya dana yang disalurkan kepada bidang yang sebelum ini hanya dua, diluaskan kepada 10 bidang termasuk memberi fokus kepada pembangunan wanita dan belia.
Beliau berkata proses penerimaan geran yang sebelum ini didakwa tidak telus akan diteliti semula dan diperketatkan supaya tiada ruang untuk penyelewengan.
Ahli jawatankuasa pasukan terdiri daripada Datuk C. Sivaraj, Ahli Parlimen Klang Ganabatirau Veraman, Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj dan Ketua Pengarah Mitra Raveendran Nair.
Ramanan berkata kesemua ahli dilantik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim komited membangunkan komuniti India dan India Muslim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2023

Ramanan berkata fokus pasukan khas itu adalah memulihkan imej Mitra yang tercalar dengan beberapa penstrukturan akan dilakukan. - Gambar Bernama
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.

AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.

Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
![[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir' [KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694414118_KSPRMKPMAnwar.jpg)
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
![[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara [KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690861845_AnwarIbrahim.jpg)
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.

Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.

Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.

Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.

Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.