KUALA LUMPUR: MIC dan Parti Makkal Sakti (Makkal Sakti) menubuhkan sekretariat bersama yang dinamakan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan dalam menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.
Setiausaha Agung MIC, Datuk R.T. Rajasekaran, berkata di bawah sekretariat itu dicadangkan penubuhan dua jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal.
Katanya, Jawatankuasa Pemandu bertanggungjawab menyelaras, melaksana dan memantau kesemua sasaran yang ditetapkan sekretariat manakala Jawatankuasa Teknikal pula akan menjalankan kajian terperinci dan menyediakan laporan pelaksanaan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pemandu.
"Kami juga akan mempunyai jawatankuasa kecil teknikal seperti pendidikan, ekonomi, pemerkasaan wanita, pembangunan belia, dan isu-isu agama," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pertama sekretariat tersebut, di sini, pada Isnin.
Timbalan Presiden Makkal Sakti, Y. Subramanian, berharap melalui kerjasama MIC-Makkal Sakti itu akan membawa kejayaan dan pembangunan yang lebih menyeluruh kepada komuniti India di negara ini.
Bulan lepas, MIC mengumumkan jalinan kerjasama dengan Makkal Sakti bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 09 2023
R.T. Rajasekaran, berkata di bawah sekretariat itu dicadangkan penubuhan dua jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal. - Gambar Bernama
Perkembangan pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad
Pengebumian jenazah Tan Sri Datuk Seri Ahmad Nawab di Tanah Perkuburan Raudathul Sakinah.
Google Tasks kini diintegrasi sepenuhnya dalam Google Calendar
Ia mengintegrasikan Tasks sepenuhnya ke dalam Calendar membenarkan pengguna melakukan perkara sama yang ada dalam aplikasi Tasks sendiri.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Lawatan kerja PM: Tiga MoU dimeterai antara Malaysia-Korea
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan negara di Istana Presiden Yongsan untuk bertemu Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin.
Perkhidmatan feri Pulau Pinang alami kerugian tahunan RM14 juta
Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket, menyebabkan kerugian tahunan sekitar RM14 juta.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.
Guru dikhuatiri lemas: Operasi SAR bersambung pagi ini
Operasi mencari Murdani Ab Rahman, 53, ditangguhkan pada 9.30 malam berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan.
Anwar, Yoon adakan mesyuarat dua hala mengenai hubungan Malaysia dan Korea Selatan
Kedua-dua pemimpin, diiringi beberapa menteri, mengadakan mesyuarat dua hala bermula 11.10 pagi, dijangka berlangsung kira-kira sejam.
Mengenang Legasi Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab
Bagi mengimbas kembali legasi Allahyarham kita bersama Datuk Chuari Selamat, penulis lirik dan bekas penyampai radio popular RTM.
MIC, Makkal Sakti tubuh sekretariat bersama tangani isu masyarakat India
MIC dan Makkal Sakti menubuhkan Sekretariat Bersama MIC-Makkal Sakti Untuk Pembangunan Masyarakat India bagi menyelaras strategi serta pelan tindakan menangani isu-isu masyarakat India di negara ini.
MIC-Makkal Sakti sepakat tubuh sekretariat satukan masyarakat India
Satu sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
PRN Johor: Makkal Sakti harap dapat kerusi wakili BN
Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) berharap Barisan Nasional (BN) mempertimbang permohonan parti itu untuk bertanding atas tiket gabungan berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ahmad Zahid beri jaminan Makkal Sakti diberi kerusi pada PRU15
BN memberi jaminan untuk memberi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Parti Makkal Sakti Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15
Calon PRU-14: Makkal Sakti serah kepada pucuk pimpinan BN
Parti Makkal Sakti Malaysia menyerahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan sama ada calonnya diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Makkal Sakti nafi komponen BN berpecah, berpuak
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R. S. Thanenthiran berkata semua komponen BN sentiasa bersatu padu dalam berdepan pilihan raya.
Jangan campur tangan masalah dalaman MIC, kata Subramaniam kepada komponen BN
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam memberi amaran kepada parti-parti politik lain yang mempertikaikan kepimpinan MIC supaya jangan campur tangan masalah dalaman parti itu.