KUALA LUMPUR : Perdana Menteri memberi jaminan komuniti India tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.
Dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada sesiapa akan ketinggalan, dan pelbagai program dilakukan kerajaan bagi memperkasa komuniti itu.
"Mengambil semangat Keluarga Malaysia, no one will be left behind. Lebih-lebih lagi sebahagian daripada punca peningkatan jenayah berpunca pendidikan, dari status ekonomi, pengangguran dan lain-lain
"Mengambil perkara itu, kerajaan telah meluluskan berbagai-bagai peruntukan bagi masyarakat India. Ia termasuk RM100 juta bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India di bawah Kementerian Perpaduan.
"RM100 juta bagi pembangunan sosioekonomi masyarakat India untuk program pembangunan usahawan, program modal insan dan pembangunan sosial, kebajikan, dan kerohanian, serta program penyelidikan kajian pembangunan sosioekonomi masyarakat India," katanya semasa berucap melancarkan Briged MIC Peringkat Kebangsaan di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini.
Selain itu, katanya kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta bagi program skim pembangunan usahawan masyarakat India melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (JKMPSI) membuktikan Keluarga Malaysia kaum India amat penting dalam pentadbirannya demi meningkatkan taraf hidup sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan pelbagai latihan kemahiran upskilling dan reskilling, gig ekonomi dan program-program lain yang memberikan manfaat kepada 42,544 pelatih daripada kaum India sehingga Ogos 2022 dengan nilai dan latihan berjumlah lebih RM76.9 juta," ujarnya.
Bagi tujuan penempatan pekerjaan pula, katanya seramai 68,996 orang dari komuniti India telah dibantu kerajaan sehingga September 2022 dalam pelbagai bidang kemahiran dan industri.
Malah, bagi membantu usahawan kecil, katanya TEKUN telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi membantu kumpulan itu.
Perdana Menteri berkata, walaupun ketika pandemik COVID-19 melanda negara, peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tetap diberikan oleh kerajaan dengan nilai RM39 juta.
"Kita yakin apabila keadaan pulih, kita akan berikan peruntukan seperti sebelum COVID-19 melanda negara. Peruntukan ini tidak termasuk senarai panjang yang diberikan oleh Presiden MIC kepada saya.
"Senarai panjang itu bukan setakat mengenai SJKT, tetapi juga mengenai kuil dan semuanya telah diluluskan," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya dalam sektor tertentu melibatkan peniaga India, Kementerian Sumber Manusia meluluskan kemasukan pekerja asing bagi sektor berkaitan besi buruk, dobi dan restoran dengan bersyarat.
Selain itu, Perdana Menteri juga meluluskan peruntukan khas sebanyak RM2 juta untuk Batu Caves.
"Dalam Bajet 2023 banyak perkara akan diumumkan untuk komuniti India di Malaysia," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Sun Sep 18 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada sesiapa akan ketinggalan, dan pelbagai program dilakukan kerajaan bagi memperkasa komuniti India. - Gambar/ Bernama
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.