Tiada yang luar biasa tentang kunjungan ramai pelanggan ke beberapa premis pajak gadai semalam dan hari ini (Selasa), dengan Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia (MPBA) menganggapnya sebagai rutin biasa.
Presiden persatuan itu, Tan Ho Keng berkata, para pelanggan berkenaan mahu menyelesaikan urusan mereka yang tertangguh setelah pajak gadai ditutup sejak 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau memberitahu Bernama, para pelanggan berkenaan mengunjungi kedai pajak gadai untuk menebus barang kemas yang digadai, membuat pembayaran faedah, melanjutkan tempoh gadaian selain segelintir yang membuat pajakan.
Selepas 47 hari tidak beroperasi, katanya, premis pajak gadai kembali dibuka pada Isnin (4 Mei) susulan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Jumlah pelanggan nampak ramai semalam kerana mereka ikut peraturan dengan beratur mematuhi jarak sosial satu meter. Hanya dua pelanggan sahaja dibenarkan memasuki premis pada satu-satu masa berbanding sebelum ini kami benarkan 10 pelanggan masuk ke dalam premis,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.
Tan memberitahu sepanjang PKPB, operasi premis pajak gadai dihadkan kepada lima jam sahaja iaitu dari 9 pagi hingga 2 petang.
Beliau menjelaskan kebanyakan pelanggan yang mengunjungi kedai pajak gadai kerana mahu menebus barang kemas mereka.
“Aidilfitri tidak lama lagi, jadi ramai pelanggan datang untuk tebus kerana ingin memakai barang kemas kepunyaan mereka nanti," katanya.
Mengenai lanjutan tempoh pembayaran, beliau berkata pelanggan yang sudah mencapai tempoh matang untuk membuat pembayaran pajakan bagi tempoh 18 Mac hingga 12 Mei tidak perlu bimbang kerana lanjutan pembayaran adalah secara automatik.
Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah premis pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Gombak mendapati ramai pelanggan datang untuk melanjutkan tempoh gadaian barang kemas mereka.
Pelanggan kedai itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 35, memberitahu beliau tidak dapat menyelesaikan urusannya kerana waktu operasi di premis itu dipendekkan sehingga 2 petang.
“Saya ke sini untuk bayar upah simpan bagi gelang emas yang sudah tertangguh tiga bulan. Saya ingatkan (premis) buka seperti biasa tetapi sampai 2 petang sahaja,” katanya.
Di Kuala Terengganu, tinjauan mendapati ramai pelanggan dapat menebus barang kemas dan melanjutkan tempoh gadaian selepas membuat pengeluaran i-Lestari daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan kerajaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pekerja swasta yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 32, berkata pengeluaran i-Lestari memberinya sumber kewangan yang lebih untuk membayar ansuran gadaian gelang emas yang dipajaknya beberapa bulan lepas.
“Saya membayar secara ansuran pajakan gelang itu sehingga Julai ini dan akan dapat menebusnya sebelum tamat tempoh pajakan. Jadi, pengeluaran duit KWSP (i-Lestari) itu memberi sumber yang lebih untuk membayar pajakan emas,” katanya.
Sementara itu seorang tukang paip yang hanya ingin kenali sebagai Mahmud, 44, bersyukur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membolehkan beliau membuat urusan di kedai pajak gadai.
Bapa kepada empat anak itu berkata beliau terpaksa menggadai barang kemas milik isterinya bagi kegunaan Aidilfitri nanti.
“Sekiranya PKPB tidak dilaksanakan dan kedai pajak gadai masih ditutup, mungkin saya terpaksa meminjam wang daripada saudara-mara. Walaupun mungkin tidak dapat pulang ke kampung beraya tetapi saya dan isteri mahu melakukan persiapan untuk anak-anak seperti membeli baju baharu untuk menggembirakan mereka,” katanya.
Di Ipoh, hari kedua pelaksanaan PKPB menyaksikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diarahkan seperti memakai penutup hidung dan mulut serta mengamalkan jarak sosial semasa berurusan di premis pajak gadai termasuk di Jalan C. M. Yusuff.
Pesara swasta yang mahu dikenali sebagai Aziman, 65, berkata beliau beratur lebih sejam demi menebus rantai emas isterinya yang digadai sebelum pelaksanaan PKP.
Bekas pekerja hotel yang mahu dikenali sebagai Nurul Aini, 34, pula menggunakan wang simpanannya untuk menebus gelang emasnya untuk dipakai semasa Aidilfitri kelak.
Pemilik Kedai Emas Safura, Bibi Safura Ghulam Hydar, 56, memberitahu pihaknya menerima banyak permintaan untuk menggadai barang kemas semasa PKP namun memilih tidak menerimanya atas pelbagai faktor termasuk riba.
Sebaliknya, beliau mengambil pendekatan membeli barangan yang dijual mengikut harga pasaran kerana mahu memudahkan urusan mereka yang kesusahan.
DI Johor Bahru, tinjauan di beberapa kedai pajak gadai mendapati ramai yang mengunjunginya untuk melanjutkan tempoh gadaian.
Muhammad, 30, berkata beliau mahu memperbaharui tempoh gadaian yang sudah tamat bagi mengelak barang kemas miliknya dilelong.
Pekerja kedai aksesori wanita yang mahu dikenali sebagai Shafinaz, 39, pula memilih memajak barang kemasnya berikutan harga emas yang tinggi ketika ini, sebagai persediaan untuk perbelanjaan kelak.
Di Sungai Petani, hanya dua premis pajak gadai yang menjadi tumpuan pelanggan yang kebanyakannya mahu menebus barang gadaian.
Pemilik kedai pajak gadai itu yang hanya ingin dikenali sebagai Lee, 50, berkata pada Selasa ramai pelanggan datang kerana mahu menebus barangan kemas serta melanjutkan tempoh pajakan.
"Sekarang harga emas naik, mungkin mereka tebus barang kemas untuk menjualnya pula," katanya sambil mememberitahu premisnya turut mematuhi moratorium selama tiga bulan seperti diarah kerajaan.
Di Melaka pula, tinjauan Bernama di beberapa kedai pajak gadai di kawasan Kampung Jawa, Bukit Cina dan Jonker Street di sini mendapati kebanyakan pelanggan hadir untuk membayar upah pajak bagi menyambung tempoh pajakan selain segelintir yang memajak barang kemas mereka.
Agnes Leow, 51, yang menguruskan kedai pajak gadai keluarganya di Kampung Jawa sejak beroperasi hampir 30 tahun lepas, berkata pihaknya membuat persediaan awal untuk memudahkan urusan pelanggannya.
Pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Kavi, 44, dari Ujong Pasir, berkata beliau hadir ke kedai pajak itu kerana mahu menyambung tempoh pajakan rantai emasnya selama enam bulan lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020

Tiada yang luar biasa tentang kunjungan ramai pelanggan ke beberapa premis pajak gadai, Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia (MPBA) menganggapnya sebagai rutin biasa. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.