KUALA LUMPUR: Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barang makanan mencukupi, selain harganya stabil sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mengadakan perbincangan biarpun isu rantaian bekalan dan cuaca sering menjadi pemboleh ubah dalam menentukan harga barangan makanan.
"Dalam konteks Ramadan dan Hari Raya, sayur antara bekalan yang menjadi kebimbangan, seperti kubis, kacang panjang, tomato dan cili.
"Contohnya semasa berlaku banjir di Johor, kita bertindak cepat untuk melihat satu lagi kawasan pengeluaran sayur iaitu di Cameron Highlands. Faktanya pengeluaran di Cameron Highland sepanjang bulan ini masih dapat menampung kebun sayur yang musnah di Johor.
"Ada barang yang kita tak boleh kawal semasa musim tengkujuh di Pantai Timur, seperti harga ikan, harga cili merah dan hijau naik sampai RM30 tapi selepas monsun berakhir, harga turun.
"Jadi faktor cuaca dan bekalan menentukan pemantauan harga yang kita jalankan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jualan Rahmah Hari Raya 99 Speedmart di cawangan Bukit Jalil, pada Khamis.
Pelaksanaan Inisiatif Payung Rahmah di seluruh 2,300 cawangan 99 Speed Mart di seluruh negara ini meliputi aktiviti Jualan Rahmah selama sebulan sehingga 22 April 2023, melibatkan 150 produk barangan asas dan perlu seperti beras, susu tin, air minuman, ketupat mini, kordial, barangan pencuci, mentega dan biskut raya.
Kesemua barangan ini ditawarkan pada harga yang lebih rendah sehingga 40 peratus, berbanding harga jualan murah sedia ada.
Madiha Abdullah
Thu Mar 23 2023

KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa mengadakan perbincangan biarpun isu rantaian bekalan dan cuaca sering menjadi pemboleh ubah dalam menentukan harga barangan makanan. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.