PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih ‘terbuka’ untuk diisi.
Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan nama bagi menjawat jawatan berkenaan boleh dikemukakan kepada beliau.
“Insya-Allah kita akan atasi isu kekosongan. Kalau ada cadangan, sila isi (hantar) surat kepada saya secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Perdana Menteri sebelum itu hadir Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini.
Ditanya adakah kerusi berkenaan akan diisi oleh Suhaizan Kayat yang memenangi kerusi Parlimen Pulai baru-baru ini, Anwar berkata: “Kena tulis surat kepada saya.”
Media sebelum ini melaporkan dua Ahli Parlimen daripada Parti Amanah Negara (Amanah) disebut-sebut sebagai individu yang akan mengisi kekosongan jawatan KPDN.
Mereka ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan seorang lagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Salahuddin meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Suhaizan yang juga ‘orang kepercayaan’ Allahyarham Salahuddin berjaya memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 18,000.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 15 2023

Perdana Menteri berkata, sebarang cadangan nama bagi menjawat jawatan berkenaan boleh dikemukakan kepada beliau. - Gambar fail/Bernama

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Permohonan jawatan ketua jurulatih Speedy Tigers dibuka Selasa
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sedang mencari ketua jurulatih baharu untuk pasukan lelaki selepas kontrak A. Arulselvaraj tamat berikutan kemelut kelayakan ke Sukan Olimpik 2024.

Rombakan Kabinet mungkin berlaku dalam masa terdekat - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlaku dalam masa terdekat.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Purata 15,000 kekosongan jawatan secara tetap perlu diisi setiap tahun - SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menganggarkan purata sebanyak 15,000 kekosongan jawatan tetap yang perlu diisi, setiap tahun.

Kekosongan jawatan diiklankan dalam talian meningkat 3.5 peratus pada suku pertama 2023
Sejumlah 211,509 kekosongan jawatan direkodkan pada suku tahun pertama tahun ini berbanding 204,420 kekosongan pada suku keempat 2022.

9,152 calon dipanggil temu duga untuk isi 4,914 jawatan tetap di KKM - SPA
SPA telah mengemukakan senarai nama calon yang hadir temu duga kepada Kementerian Kesihatan pada 31 Mac 2023 untuk semakan terperinci.

Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memerlukan lebih 700 anggota baharu, bagi mengisi kekosongan jawatan bagi memantapkan perkhidmatan dalam menjaga keselamatan perairan negara.

KKM tawar 4,914 jawatan tetap mulai hari ini - Dr Zaliha
Ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

50 peratus kekosongan jawatan Hospital Pengajar UniSZA diisi
Bakinya akan diisi dalam masa terdekat selepas beberapa siri iklan pengambilan kakitangan dilakukan seperti yang diluluskan JPA.

KPN nafi siarkan iklan tawar ratusan kekosongan jawatan guru tabika
Iklan itu mencetuskan tanda tanya kerana mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah.