KUALA LUMPUR: Hari Malaysia yang disambut hari ini diharap menjadi wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan, menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam jiwa, demikian harapan beberapa pemimpin negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi catatan di Twitter rasminya berkata 16 September merupakan tarikh yang amat bermakna buat Keluarga Malaysia.
"Rakyat Malaysia di setiap pelusuk tanah air terus membuktikan kenapa tiada bumi yang lebih bertuah daripada bumi Malaysia. Selamat Hari Malaysia!," katanya.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique pula menerusi perutusan Hari Malaysia malam tadi mengajak rakyat negara ini agar bersatu, bermuafakat dan berganding bahu sebagai sebuah Keluarga Malaysia bagi mengakhiri pandemik COVID-19.
Halimah berkata COVID-19 ternyata membawa cabaran tersendiri buat pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan perbezaan dengan perjuangan untuk mengakhiri cabaran pandemik itu tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua pihak.
Ucapan sama turut dizahirkan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menerusi akaun Twitternya yang menyeru rakyat bersama-sama berganding bahu, bermuafakat dan bersatu hati membawa negara ke mercu kejayaan dalam segala bidang.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin pula mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjiwai perjuangan dan detik bersejarah tertubuhnya negara ini dan berharap Malaysia akan terus kekal sejahtera dan segera pulih daripada pandemik COVID-19.
"Hari Malaysia bukanlah hanya sambutan semata-mata namun merupakan detik bersejarah yang mesti kita kenang dan hayati bagi menghargai pengorbanan para pejuang negara yang telah banyak berjasa dalam penubuhan negara berdaulat ini," katanya melalui laman sosialnya.
Tidak ketinggalan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata seiring dengan semangat kemerdekaan yang begitu dirasai ketika ini, beliau menyeru rakyat bersama-sama menguatkan azam dan tekad bagi terus berjuang memerdekakan diri, keluarga dan masyarakat daripada ancaman wabak COVID-19.
"Meskipun sudah ada kelonggaran tertentu diumumkan oleh kerajaan, saya harap ia tidak dijadikan alasan untuk kita berasa terlalu selesa apatah lagi mengambil mudah... masih ada prosedur operasi standard yang perlu kita patuhi dan masih ada kawasan di negeri kita yang masih di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan," katanya dalam perutusan sempena Hari Malaysia.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari pula berkata beberapa kelonggaran yang diberikan kepada negeri itu yang kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara telah menggembirakan ramai pihak serta memberi ruang untuk mendalami makna dan kepentingan Hari Malaysia 2021.
Amirudin turut menasihatkan warga Selangor untuk menginsafi keperluan hidup dengan COVID-19 secara endemik serta berharap rakyat negeri itu dapat bersama-sama kekal bertanggungjawab, menjaga kesihatan dan menjadi warga contoh kepada negeri dan negara lain.
Di LABUAN, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias mengajak rakyat Malaysia untuk bersatu hati dan menghargai nikmat keamanan serta kemerdekaan yang dikecapi bagi menjamin keharmonian hidup dan mengelak persengketaan dan perpecahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021

Hari Malaysia bukanlah hanya sambutan semata-mata namun merupakan detik bersejarah yang mesti kita kenang dan hayati bagi menghargai pengorbanan para pejuang negara. - Gambar fail BERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.

Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.

Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.

Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.

Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.