KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Britain David Cameron di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) semalam.
Seri Paduka Baginda juga berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan Cameron serta pengasas Berjaya Corporation Berhad dan pemilik Kelab Bola Sepak Cardiff City Tan Sri Vincent Tan yang turut hadir ke pameran yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London.
Selain orang kenamaan, Tunku Azizah turut berkenan beramah mesra dengan pengunjung di pameran yang bertemakan "Abstract Nature" (Abstrak Alam Semula Jadi) itu, menurut hantaran Facebook Istana Negara hari ini.
Pameran seni kraf dan produk warisan yang bermula Sabtu lepas hingga 14 Mei memaparkan landskap budaya Malaysia yang kaya melalui keunikan tradisi kraf dan produk warisan masyarakat Malaysia khususnya Melayu, Orang Asli Semelai dari Pahang dan Mah Meri (Selangor) di Semenanjung serta suku kaum etnik Orang Asal di Sabah dan Sarawak.
Pameran edisi kedua Malaysia sempena LCW kali ini turut mengetengahkan Songket Terengganu dan telepuk (teknik menghias tekstil).
Penyertaan Malaysia dalam pameran itu diterajui Tunku Azizah sebagai Ketua Delegasi Malaysia dan Yayasan Tenun Pahang Diraja serta disokong oleh Kerajaan Persekutuan (Kementerian Luar), Kerajaan Pahang dan Sarawak, Kraftangan Malaysia dan Songket Diraja Terengganu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima kunjungan bekas Perdana Menteri Britain David Cameron di Pavilion Antarabangsa Malaysia sempena Minggu Kraf London 2023 (LCW) semalam. - Foto Facebook Istana Negara
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.
Agong, Permaisuri berangkat pulang ke tanah air dari Brunei
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengakhiri Lawatan Negara tiga hari ke Brunei.