KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Persidangan Olave Baden-Powell Society (OB-PS) Malaysia 2023 di Istana Negara pada malam Ahad.
Tunku Azizah, yang juga Royal Benefactor dan pengerusi penganjur persidangan itu serta penaung Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), tiba pada 8.40 malam diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Turut berangkat Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah.
Hadir sama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Majlis santapan malam itu dihadiri 400 tetamu, termasuk 370 peserta persidangan OB-PS dari seluruh dunia yang mengambil bahagian dalam acara itu yang berlangsung dari 12 hingga 16 Okt.
Sebelum majlis santapan bermula, Tunku Azizah berkenan mengurniakan anugerah kepada peserta persidangan OB-PS iaitu Anugerah Pemimpin kepada Dallas Landon dari Australia, Elaine Paterson (Kanada), Deborah Robinson (Amerika Syarikat) dan Margaret Treloar dari Kanada.
Seri Paduka turut menganugerahkan Anugerah Penginovasi kepada Tricia Tilford dari Amerika Syarikat dan Anugerah Wawasan kepada Vibeke Riemer dan Lars Kolind dari Denmark.
Raja Permaisuri Agong juga berkenan menyampaikan tiga buah lagu iaitu Gurindam Jiwa, Menghitung Hari dan My Way sebelum majlis melabuhkan tirai.
OB-PS menyokong misi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) dengan melabur dalam kepimpinan masa depan wanita muda yang akan memimpin keluarga mereka, komuniti, negara dan dunia.
Persidangan OB-PS diadakan setiap tahun untuk mengumpulkan ahlinya yang mempunyai kepentingan sama bagi menyediakan sokongan kewangan kepada WAGGGS dan memastikan aliran pendapatan yang stabil untuk membiayai kerja, projek, program dan perkhidmatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 15 2023
Tunku Azizah berkenan menganugerahkan 'Leaders Award' kepada Vibeke Riemer dan Lars Kolind dari Denmark pada Majlis Santapan Malam sempena Persidangan OB-PS di Istana Negara pada malam Ahad. - Gambar Bernama
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Majlis Raja-Raja ke-267 bermula esok
Majlis Raja-Raja ke-267 akan berlangsung selama dua hari bermula esok dan dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Agong berkenan terima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada.
Agong terima panggilan telefon daripada Raja Charles III
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Khamis menerima panggilan telefon daripada Raja Britain Raja Charles III, di Istana Negara.
Agong kurnia watikah pelantikan tujuh perwakilan ke luar negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tujuh perwakilan Malaysia ke luar negara.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.
Video Istiadat Pertabalan Agong penuh tradisi dikongsi
Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara pada Sabtu lalu.
#AgongKita: Pelancong asing kagum saksi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Tidak hanya rakyat di negara ini, pelancong asing turut kagum menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara yang berlangsung dalam suasana penuh t
#AgongKita: Kerajaan, rakyat harungi gelora ekonomi dunia di bawah naungan Agong - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tegas digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI mencetus kadar pertumbuhan memberangsangkan.
#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada 9.25 pagi.