KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyantuni 22 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berasal dari Palestin di kampus UIAM, Gombak di sini hari ini.
Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan meluangkan masa kira-kira 45 minit bagi mendengar suara hati kumpulan mahasiswa itu mengenai pergolakan yang sedang berlaku di tanah air mereka.
Tunku Azizah yang kelihatan tersentuh dengan kisah dikongsikan kumpulan itu, turut menzahirkan rasa sedih dan sebak dengan penderitaan rakyat Palestin yang dinafikan hak mereka dan dizalimi rejim Zionis Israel sejak sekian lama.
Selain mengajak hadirin berdoa, Seri Paduka turut berharap tindakan segera dapat diambil oleh pihak tertentu bagi menamatkan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Dalam pertemuan itu, Tunku Azizah juga berkenan menerima surat permintaan yang merupakan suara hati komuniti pelajar Palestin UIAM untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
UIAM mempunyai 43 pelajar Palestin yang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang dengan 30 daripadanya di peringkat doktor falsafah dan ijazah sarjana, manakala selebihnya ijazah sarjana muda.
Sementara itu, wakil Komuniti Pelajar Palestin IIUM Belal Ahmed, 30, yang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Undang-Undang berkata beliau sukar untuk menghubungi keluarganya di Gaza sejak konflik terbaharu tercetus pada 7 Okt lepas.
"Kami terputus hubungan dengan mereka sejak tercetusnya perang. Kami menghantar mesej dan mereka balas selepas seminggu atau dua atau tiga hari," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Belal berkata beliau dimaklumkan oleh ahli keluarganya bahawa mereka terpaksa berjalan lebih lima kilometer hanya untuk mendapatkan 20 liter air bersih kerana bekalan amat terhad.
"Mereka terpaksa menunggu lama dengan lebih 500 orang berbaris untuk mengambil giliran," katanya.
Sementara itu, Rektor UIAM Prof Eemeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pihak universiti melancarkan Tabung Kecemasan Misi Bantuan Kemanusiaan kepada rakyat Palestin pada awal bulan ini bagi membantu mangsa serangan tentera rejim Zionis di Semenanjung Gaza.
"Ini adalah tanda solidariti keprihatinan warga UIAM ke atas apa yang sedang berlaku. UIAM mempunyai ramai pelajar dan alumni yang datang dari Palestin, justeru sumbangan ini diharapkan dapat membantu mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku di Gaza," katanya.
Menurutnya setakat ini, sebanyak RM60,000 berjaya dikumpul dan sumbangan untuk tabung Palestin itu masih dibuka hingga esok.
Abdul Razak berkata hasil kutipan tersebut akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk diagihkan kepada pihak bertanggungjawab bagi disampaikan terus kepada mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira 45 minit bagi mendengar suara hati kumpulan mahasiswa itu mengenai pergolakan yang sedang berlaku di tanah air mereka. - Gambar/ Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong
Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong.

Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.

Manfaat AI untuk tingkatkan kualiti hidup, bukan keuntungan semata - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah teknologi kecerdasan buatan (AI) seharusnya dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan keuntungan ekonomi sahaja.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.

Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.

Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Prabowo Subianto
Ucapan itu dizahirkan menerusi poster khas yang turut memaparkan gambar Sultan Ibrahim dan Prabowo berjabat tangan, yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Agong, Permaisuri tiba di tanah air dari Brunei
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat dinaiki Seri Paduka Baginda berdua selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bharu.