PENAMPANG: Seperti mana perayaan lain di negara ini Pesta Kaamatan wajar diraikan secara bersama semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan tidak terhad diraikan penduduk Sabah semata-mata, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Jeffrey Kitingan.
Beliau berkata meraikan secara bersama Pesta Kaamatan, sebuah pesta menuai tahunan pada 30 dan 31 Mei, dapat mengukuhkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, selain memupuk semangat kesefahaman dengan mendalam mengenai adat serta budaya antara satu sama lain.
Justeru katanya pelbagai acara sempena Pesta Kaamatan telah diatur di Sabah juga di Sarawak dan negeri-negeri di Semenanjung bagi meraikan Pesta Kaamatan bersama seluruh rakyat Malaysia, antaranya Unduk Ngadau, pertandingan ratu cantik tradisi, dan Sugandoi, pertandingan nyanyian lagu rakyat.
"Pelancaran sambutan Pesta Kaamatan dijadualkan pada 1 Mei ini, kemudian pelbagai acara akan diadakan, dan ia juga akan disambut di luar Sabah dan Sarawak, seperti di Johor pada 5 Mei, Melaka pada 6 Mei dan Lembah Klang 13 Mei," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pelancaran Pesta Kaamatan 2023 pada 1 Mei ini akan berlangsung di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan kemudian pelbagai acara telah diatur di daerah-daerah Sabah, serta negeri lain seluruh negara, sebelum sambutan kemuncak di sini pada 30 dan 31 Mei.
Jeffrey berkata selain Malaysia pihaknya juga menerima cadangan mengadakan sambutan perayaan itu di luar negara seperti di Australia dan New Zealand, justeru beliau mengalu-alukan cadangan itu serta mengajak orang ramai di luar negara untuk bersama meraikan Pesta Kaamatan.
Katanya bagi memastikan budaya serta tradisi Pesta Kaamatan dikekalkan untuk generasi akan datang, pihaknya sedang berusaha untuk mendaftarkan elemen pesta itu dengan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan 2023 berkata, pihaknya merancang untuk menghantar tujuh elemen perayaan itu bagi didaftarkan dengan UNESCO merangkumi pakaian, makanan dan muzik tradisi.
"Selain mengekalkan budaya dan tradisi ini, dengan mendaftarkan elemen ini dengan UNESCO kita juga berharap dapat membawa Pesta Kaamatan ini ke peringkat antarabangsa sebagai sebuah budaya dan tradisi yang dikongsi seluruh dunia," katanya.
Sementara itu, Jeffrey menasihatkan orang ramai yang menyambut dan menyertai acara dalam Pesta Kaamatan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan penyakit berjangkit seperti COVID-19 dengan memakai penutup muka di kawasan awam di samping kerap menggunakan pembasmi kuman untuk menjaga kebersihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
![Raikan Pesta Kaamatan secara bersama seluruh rakyat Malaysia - Jeffrey Raikan Pesta Kaamatan secara bersama seluruh rakyat Malaysia - Jeffrey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682749155_PestaKaamatan.jpg)
Jefrrey (tengah) pada sidang media sempena Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) Penampang hari ini. - Foto BERNAMA
![Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739353423_tbFikryIbrahimKha.jpg)
Pelakon Fikry Ibrahim bergelar suami, pilih bekas pramugari
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, yang dikenali sebagai Khalizah Alihan, pada Rabu.
![Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356372_RIBUTPETIR.jpg)
Hujan lebat, ribut petir di enam negeri sehingga 9 malam - MetMalaysia
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga 9 malam ini.
![Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739356198_Suaram.jpg)
Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.
MotoGP musim baharu di Thailand dilancar
Bandar Bangkok bergema dengan bunyi hon dan deruan motosikal sebagai simbolik pelancaran MotoGP musim baharu di Thailand pada Ahad.
Penagih dadah: Singapura saksi peningkatan 30 peratus penagih bawah 20 tahun
Laporan Situasi Dadah Singapura 2024 yang dikeluarkan pada Rabu mendedahkan bahawa lebih separuh daripada penagih baharu yang ditahan dalam tempoh dua tahun lalu berusia bawah 30 tahun.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
![Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704257934_TBMOHDFAREDMOHD.jpg)
Kerajaan Johor seru semua IPIS di negeri itu didaftar
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pendaftaran boleh dilakukan melalui mana-mana Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID).
![Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355908_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir turut menekankan keperluan penyelesaian yang adil terhadap isu Palestin, dengan menghormati hak rakyat di rantau berkenaan.
66 wilayah Thailand menghadapi kualiti udara berbahaya
Sebanyak 66 daripada 76 wilayah di Thailand diselubungi dengan tahap pencemaran habuk yang tidak selamat pada pagi Rabu, dengan jerebu terburuk menyelubungi Greater Bangkok.
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723547195_TBELLRONANGIN.jpg)
SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menasihati atlet negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga nama baik negeri.
![Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683768087_TBDatukSeriMohdShafi.jpg)
Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie
Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan.
![Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717127233_PestaKaamatan.jpg)
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717081302_PestaKaamatan.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
![Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717077875_PestaKaamatan.jpg)
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
![Uniknya sub etnik Dusun Tatana Uniknya sub etnik Dusun Tatana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717077052_PestaKaamatan.jpg)
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
![PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717060313_AnwarIbrahim.jpg)
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
![Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702997850_beras.jpg)
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
![Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715517363_TBJOANNA.jpg)
Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.
![Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714988177_TBKUSKOP.jpg)
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.