PENAMPANG: Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
Bersempena Pesta Kaamatan tahun ini, AWANI Borneo yang berada di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA) berkesempatan untuk mengenali lebih dekat keunikan budaya salah satu kumpulan sub etnik Dusun, iaitu Dusun Tatana.
Salah satu etnik yang tergolong daripada keluarga besar KDMR di Sabah, rata-rata masyarakat Dusun Tatana ini berasal dari daerah Kuala Penyu, di bahagian Pantai Barat Sabah dan mempunyai kaitan dengan kehadiran pedagang China ke negeri ini sekitar tahun 1800-an dahulu.
Selain memiliki keunikan tersendiri pada motif pakaian, tarian dan muzik, masyarakat etnik ini juga turut mempraktikkan budaya mengalai, moginum, serta meraikan Tahun Baharu Cina atas faktor asimilasi budaya sejak ratusan tahun lalu.
Menurut Ketua Adat Dusun Tatana, Kimsit Singgang yang ditemui di perkarangan rumah etnik Tatana di KDCA, beliau menjelaskan keunikan luhur kaum diwarisi mereka amat berbeza dengan suku KDMR yang lain.
"Keunikan ini Dusun Tatana mempunyai cabang. Ada adat Tatana ada juga dia pakai tu bobohizan (bomoh), ada juga yang meraikan Tahun Baharu Cina.
"Itu semua dilengkapi oleh suku Tatana, berkaitan ini Tahun Baharu Cina ini, asal usul orang daripada China datang ke Sabah ini masuk dari daerah Kuala Penyu, kemudiannya mereka pun ada yang berkahwin dengan masyarakat Dusun di sana dan sehingga beranak pinak tradisi meraikan Tahun Baharu Cina itu tetap dikekalkan," katanya.
Sementara itu, bagi pengunjung, Agnes Ebos, menyaksikan adat resam, baju tradisi dan budaya percakapan kaum Dusun Tatana di rumah adat mereka adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Selain dapat berkenalan mesra dengan rombongan tuan rumah yang berkampung di rumah adat terbabit bersempena Pesta Kaamatan di KDCA, baginya apa yang penting adalah mengenali kepelbagaian budaya di negeri ini secara amnya.
"Apa yang menarik sekali di sini ialah ialah cara menghidang makanan, makanan tradisi kami ada kelupis kemudian kami ada dulang, kami panggil dulang.
"Kalau sesi minum atau moginum (arak) mesti adalah. Jadi kita bawa pergi di rumah tatana ini sebagai satu tontonan kepada semua anak-anak mudalah yang tidak sempat melihat upacara, dulu kami ada upacara moginum. Upacara moginum ini khas untuk orang meninggal, orang kahwin. Dia ada beberapa kategorilah," katanya.
Manakala bagi Erdayanie Idris pula, keseronokan menari dan menikmati makanan tradisi seperti tuhau (makanan berasaskan halia tempatan) amat bermakna baginya untuk mengenali lagi dengan secara dekat keharmonian masyarakat di Sabah, khususnya kaum Dusun Tatana.
"Pada mula-mula masuk tadi nampak orang menari.
"Ada merasa tuhau, tengok-tengok kraftangan macam tu. Menari lepas itu ada tarian muzik-muzik, makan-makan. Tengok banyak jualan dekat sini juga," katanya.
Salah seorang lagi pengunjung rumah adat Dusun Tatana, Jerdie Kingeorge pula berpendapat, perbezaan adat seperti upacara berubat kampung secara menari dikenali sebagai Mengalai juga agak ketara berbanding dengan etnik-etnik KDMR yang lain di Sabah.
"Mengalai tu pun memang lain daripada yang lain dan untuk kaum KDMR, upacara ini secara khusus untuk berubat kampung namun kini ia juga ada yang dipersembahkan untuk tatapan umum sebagai sebuah persembahan tradisi sahaja.
“Memang Dusun Tatana tidak sama ni suku-suku lain, nampak lain sikitlah cara dia mengalai, dan rentak gerakan tangan juga berbeza, jadi ini yang saya nampak perbezaan ketara meskipun etnik KDM lain pun juga mempunyai konsep perubatan yang sama,” katanya.
Untuk rekod, etnik Dusun Tatana yang kebanyakannya menetap di daerah Kuala Penyu mempunyai populasi seramai 20,000 orang.
Abdul Hafiz Mustadi
Thu May 30 2024

Menyaksikan adat resam, baju tradisi dan budaya percakapan kaum Dusun Tatana di rumah adat mereka adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. - Gambar Astro AWANI
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

SUKMA 2024: Atlet Sabah dinasihat jaga disiplin, nama baik negeri - Ellron
Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menasihati atlet negeri yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak supaya sentiasa berdisiplin dan menjaga nama baik negeri.

Sabah perlu penyelesaian miskin tegar tersendiri - Mohd Shafie
Definisi dan situasi miskin tegar di Sabah tidak sesuai untuk disamakan dengan Semenanjung dalam usaha mencari langkah penyelesaian tuntas isu itu di negeri berkenaan.

Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.

Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.

Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.

PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.

Pesta Kaamatan: Enam Unduk Ngadau dimahkotakan di Semenanjung Malaysia
Enam Unduk Ngadau peringkat cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) di Semenanjung Malaysia telah dimahkotakan.

Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.