Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli atas tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji menerusi akaun Facebooknya, tiga tahun lalu.
Majistret Umzarul An-Nur Umar membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli memaklumkan Jabatan Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakan Mohd Rafizi, 42, pada 24 Jan lalu, untuk menarik balik pertuduhan ke atasnya.
"Pendakwaan menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan terhadap Mohd Rafizi, mohon tertuduh dilepas dan dibebaskan," katanya pada prosiding hari pertama untuk Mohd Rafizi membela dirinya, hari ini.
Pada 25 Sept 2018, Mohd Rafizi, yang merupakan Naib Presiden PKR, diperintah membela diri atas pertuduhan itu selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Pada 8 April 2016, Mohd Rafizi, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk 'Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015' dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016 yang mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.
Tiga saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 22 Ogos 2017.
Mohd Rafizi dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Feb 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding hari ini Mohd Rafizi diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli dan Md Yunos Shariff. -- Bernama
Bernama
Wed Feb 27 2019
![Rafizi bebas tuduhan tohmah Tabung Haji Rafizi bebas tuduhan tohmah Tabung Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61521010577_RafiziRamli.jpg)
Mohd Rafizi telah dibebaskan atas tuduhan menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji menerusi akaun Facebooknya, tiga tahun lalu. - Astro AWANI/Shahir Omar
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi teraju industri CCUS - Rafizi Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi teraju industri CCUS - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720945137_tbRafiziRamli.jpg)
Kerajaan kenal pasti empat negeri berpotensi teraju industri CCUS - Rafizi
Beliau berkata ini berikutan kesemua negeri berkenaan mempunyai telaga minyak yang sudah tidak digunakan dan turut memiliki fasiliti terminal sedia ada bagi menjalankan aktiviti CCUS.
![JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677974_RafiziRamli.jpg)
JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura.
![Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677974_RafiziRamli.jpg)
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
![PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716190780_RafiziRamli.jpg)
PRK Sungai Bakap: Tarik pengundi atas pagar jika mahu PH menang - Rafizi
Undi kumpulan atas pagar akan menjadi penentu kepada kemenangan calon bertanding dan boleh menyebabkan perubahan kerajaan, kata Rafizi.
![Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719899883_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong terima menghadap Rafizi, Mohd Uzir
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin di Istana Negara hari ini.
![Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719734337_RafiziRamli.jpg)
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
![Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol - PM Anwar Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719651582_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan belum buat sebarang keputusan mengenai subsidi petrol - PM Anwar
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai keperluan merasionalisasikan subsidi petrol RON95, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719645024_RafiziRamli.jpg)
Tidak hirau kuasa dan harta, Syed Hussin wajar dikenang pejuang sejati - Rafizi
Allahyarham Dr Syed Hussin Ali wajar dikenang sebagai pejuang negara yang langsung tidak menghiraukan kuasa dan wang ringgit, kata Rafizi
![Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711430175_tbRafiziRamliDewa.jpg)
Kerajaan teliti keperluan laksana rasionalisasi subsidi petrol RON95 - Rafizi
Kerajaan sedang meneliti keperluan melaksanakan rasionalisasi subsidi kepada petrol RON95.