SHAH ALAM: Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders menganjurkan Program #QuranHour For Gaza pada Ahad ini bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program yang bakal berlangsung di Dataran Kumpulan Karangkraf itu diadakan bertujuan mengembalikan fokus umat Islam dan bukan Islam untuk memahami nilai surah dalam al-Quran mengenai isu kemanusiaan yang berlaku antara Palestin dengan Israel.
“Kita memang yakin dengan qada dan qadar, namun masih perlu berusaha dari segi persiapan mental dan rohani jika berlaku keadaan seperti ini terhadap diri sendiri atau keluarga,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sehubungan itu, Marhaini menjemput orang ramai termasuk yang berlainan agama dan bangsa untuk menyertai program ini dengan membawa tafsiran al-Quran masing-masing.
“WUIF mengambil tanggungjawab dengan melaksanakan program itu supaya orang ramai lebih tenang apabila berdepan dengan sesuatu krisis yang melibatkan isu kemanusiaan.
“Maklumat dan ilmu yang disampaikan nanti berdasarkan Surah Al-Insan serta Surah Musabbihat yang mana dapat membawa umat Islam kembali mengingati bukti keagungan ALLAH SWT dalam penciptaan manusia.
“Sebenarnya kita disatukan dengan isu agama dan kemanusiaan yang berlaku sekarang, jadi semua orang dijemput hadir ke program itu supaya dapat mengetahui lebih lanjut mengenai surah ini,” ujarnya.
Menurut Marhaini, orang ramai boleh mula berkumpul pada jam 8 pagi untuk persiapan acara yang akan bersiaran secara langsung menerusi TV AlHijrah pada 8.30 pagi selama satu jam.
“Program tersebut akan disiarkan secara langsung di Facebook dan semua platform Sinar Harian serta Quran Hour.
“Bagi mereka yang tidak dapat turut serta di sini (Dataran Karangkraf) boleh berkumpul di masjid atau surau berdekatan kediaman masing-masing. Walaupun jauh, namun maklumat yang diterima adalah sama,” ulasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 20 2023

Yayasan Warisan Ummah Islam (WUIF) dengan kerjasama MyAqsa Defenders menganjurkan Program #QuranHour For Gaza pada Ahad ini bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza. - Foto fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Arafah #QuranHour angkat surah al-Jumu’ah, al-Hajj
Program yang bertemakan 'Reset Takwa' itu mengangkat dua surah utama sempena perhimpunan terbesar umat Islam di Padang Arafah.

#QuranHour For Gaza perjuang nasib rakyat Palestin cara berbeza
Ia tidak dilakukan dalam bentuk demonstrasi tetapi program refleksi bagi menghayati perjuangan sebenar membantu saudara di Palestin.

#QuranHour For Gaza Ahad ini
#QuranHour For Gaza pada Ahad ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai konflik di Semenanjung Gaza.

World #QuranHour: Surah Al-Insan dipilih dengan tema memanusiakan manusia
Penganjuran World #QuranHour diharapkan dapat menjadikan masyarakat negara ini terdidik dengan akhlak Al-Quran.

My #QuranTime 2.0 dijangka diteruskan dalam masa terdekat - Hussamuddin
Program My #QuranTime dijangka diteruskan kepada siri kedua dalam masa terdekat.

Surah Al-Sajdah dipilih untuk program Malaysia #QuranHour
Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.

Raja Permaisuri Agong berangkat ke World #QuranHour 2022
Selepas dua tahun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), World #QuranHour kali ini dianjurkan bersama penonton.

#QuranHour: Surah Al-Mulk formula Malaysia berbudi dan penyayang
Surah Al-Mulk yang bermakna kerajaan menjadi surah utama yang diangkat dalam program Malaysia #QuranHour bagi membawa misi Malaysia berbudi dan penyayang menjelang Hari Kebangsaan 2021.

World #QuranHour pentas terbaik umat Islam mendalami al-Quran
Pada hari ini (13 Mei), World #QuranHour bertemakan 'Reboot Global Harmony' telah memilih Surah Ar-Rahman sebagai Surah pilihan yang akan dibacakan oleh Qari dari Malaysia dan Indonesia.