SHAH ALAM: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) akan memberi kerjasama penuh terhadap cadangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyemak semula kaedah pemeriksaan kenderaan berat bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan tersebut semasa berada di jalan raya.
Puspakom dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya menyambut baik cadangan itu yang melibatkan kaedah pemeriksaan kenderaan berat bagi item yang melibatkan tahap keselamatan yang tinggi seperti pemeriksaan kecekapan brek, keselamatan tayar dan komponen lain.
"Kaedah pemeriksaan yang sedia ada pada masa ini adalah dibuat sebagaimana telah ditetapkan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Kelengkapan dan Standard Pemeriksaan) 1995," katanya.
Di bawah cadangan itu, Puspakom berkata kaedah pemeriksaan kenderaan boleh diselaraskan oleh pihaknya apabila diputuskan oleh JPJ kelak dan tidak melibatkan perubahan kepada peralatan pemeriksaan sedia ada.
Menurutnya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Puspakom telah menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap sejumlah 270,385 kenderaan berat dengan sebanyak 15.8 peratus atau 42,772 kenderaan berat gagal mematuhi piawaian pemeriksaan yang ditetapkan oleh JPJ.
Syarikat pemeriksaan kenderaan itu berkata jumlah itu termasuk 4.6 peratus atau 12,339 kenderaan berat adalah gagal ujian kecekapan brek.
"Mana-mana kenderaan yang gagal, perlu menjalani pemeriksaan semula sebelum dapat dilesenkan oleh JPJ," katanya.
Puspakom berkata usaha untuk menyemak semula tahap keselamatan kenderaan berat perlulah seiring dengan langkah-langkah pencegahan kemalangan jalan raya yang lain seperti sikap pemandu dan pemilik kenderaan untuk menjaga dan menyelenggara kenderaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
"Memandangkan pemeriksaan yang dijalankan oleh Puspakom hanyalah pada setiap enam bulan, adalah menjadi tanggungjawab pemilik dan pemandu kenderaan berat dalam tempoh tersebut untuk memastikan setiap kenderaan milik mereka adalah selamat sebelum memulakan sebarang perjalanan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan JPJ merancang tindakan bersepadu melalui pemantauan dan peningkatan intensiti penguatkuasaan 'roadworthiness' atau layak untuk dipandu di jalan raya bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata antara tindakan itu ialah memperketat prosedur operasi standard pemeriksaan kenderaan dengan kerjasama Puspakom.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
Syarikat pemeriksaan kenderaan itu berkata jumlah itu termasuk 4.6 peratus atau 12,339 kenderaan berat adalah gagal ujian kecekapan brek. - Gambar hiasan/BERNAMA
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
Malaysia akan fokuskan kepimpinan ekonomi berasaskan nilai - PM
Langkah itu mencerminkan komitmen Malaysia sebagai peneraju kepimpinan ekonomi berasaskan nilai.
Anak Shin Tae-yong dedah sebab bapanya pilih Indonesia
Anak bekas pengendali Indonesia, Shin Jae-won, berkongsikan perasaannya yang berasa hiba selepas tempat ayahnya, Shin Tae-yong digantikan.
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Pasukan petugas khas ditubuh tangani isu keselamatan kenderaan berat - Anthony Loke
Prosedur pemeriksaan berkala di Puspakom akan diperkemas dengan menambah elemen keselamatan kritikal seperti tayar dan sistem brek.
SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di Puspakom
Lelaki itu direman hingga Jumaat selepas Majistret membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan JPJ.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Laporan kemalangan diserah kepada MIROS
Puspakom telah menyerahkan hasil pemeriksaan laporan siasatan kemalangan membabitkan lima kenderaan di Melaka, kepada MIROS untuk tindakan lanjut.
Bidaan nombor plat 'ANU' kutip RM2.3 juta - JPJ Perak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan siri 'ANU' sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.
Op Mengejut Puspakom: Unsur salah guna kuasa, rasuah diserah kepada SPRM
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tiga kakitangan Puspakom dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.
JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara hari ini
Operasi itu dilakukan tanpa memaklumkan kepada pihak Puspakom terlebih dahulu seperti arahan daripada Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang ingin JPJ melaksanakan penguatkuasaan secara berfasa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Siasatan terperinci, audit keselamatan terhadap syarikat kenderaan terlibat - JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menyiasat secara terperinci terhadap syarikat kenderaan terlibat dalam kemalangan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di Melaka semalam.