GEORGE TOWN: Golongan gelandangan di Pulau Pinang kini boleh berlindung dengan selamat dan selesa di Pusat Transit Gelandangan yang diwujudkan demi membantu golongan tersebut.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, meskipun kewujudan pusat itu tidak mampu menyelesaikan isu gelandangan sepenuhnya, namun usaha tersebut dilihat mampu mengubah hidup golongan gelandangan ke tahap lebih berkualiti.
Kon Yeow berkata, kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah RM4.4 juta bagi merealisasikan ‘pusat transit gelandangan pertama negeri’ di negeri itu.
Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertindak sebagai pengendali pusat berkenaan akan memantau dan melakukan intervensi bersesuaian agar golongan itu dapat diselamatkan, berdikari dan berintegrasi dalam masyarakat.
Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran untuk bersama-sama membangunkan potensi gelandangan di pusat itu.
"Kita nampak ini satu platform yang membolehkan banyak pihak menyumbang bukan saja wang ringgit, tanah, kepakaran, sumbangan kebendaan, perkhidmatan dan sumbangan pengurusan, pengoperasian.
"Setelah ianya dibuka nanti, masih ada banyak ruang masyarakat di Pulau Pinang ini untuk terus menyumbang walaupun peringkat projek telah siap tetapi (dari segi) pengoperasian (masih diperlukan).
"Jadi, kita sambut baik dan alu-alukan pihak NGO yang ada kepakaran, yang ada sumber untuk bersama dengan pihak JKM, mengadakan kursus, bengkel supaya golongan gelandangan dapat diperkasakan semasa mereka menghabiskan masa di pusat ini," katanya.
Kon Yeow berkata demikian pada sidang media selepas majlis Perasmian dan Penyerahan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, pusat itu didirikan di atas tanah seluas 1,370 meter persegi milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Pusat itu dibina berdasarkan konsep 'triple net zero' iaitu 'zero waste', 'zero energy' dan 'zero water' yang mematuhi ciri-ciri bangunan hijau (GBI) berstatus platinum dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya Ogos ini.
Pusat transit berkenaan dilengkapi dengan 88 katil iaitu 60 katil bagi asrama lelaki dan 18 katil untuk wanita, mesra kepada warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU).
Ia juga turut dilengkapi dengan kemudahan dobi, ruang seminar, kafe, surau dan ruang jemuran, taman untuk kegiatan riadah, bilik mandi serta tandas selain bilik pemeriksaan kesihatan .
Selain itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut menempatkan sebuah rumah kedai yang diisytihar bangunan warisan kategori 2 untuk pembangunan projek itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jun 16 2023
Kon Yeow (tengah) hadir pada majlis Perasmian dan Penyerahan Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di George Town pada Jumaat.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang 'rumah' selamat, selesa buat golongan memerlukan
Golongan gelandangan di Pulau Pinang kini boleh berlindung dengan selamat dan selesa di Pusat Transit Gelandangan yang diwujudkan demi membantu golongan tersebut.