KUALA LUMPUR: Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, menurut Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer yang dikeluarkan pada Isnin.
Bagaimanapun pertumbuhan itu lebih rendah berbanding purata 5.2 peratus di Asia, yang memperlihatkan pergerakan gaji yang berbeza antara negara sedang pesat membangun dan maju di rantau ini.
Kajian itu menunjukkan India, Vietnam dan Indonesia dijangka merekodkan unjuran peningkatan gaji median tertinggi pada 2024, masing-masing pada 9.3 peratus, 7.0 peratus dan 6.5 peratus.
Jepun, Taiwan dan Hong Kong dijangka mencatat paras terendah iaitu masing-masing pada 2.6 peratus, 3.8 peratus dan 3.9 peratus.
Negara lain yang tersenarai dalam kajian ini adalah Filipina iaitu sebanyak 5.7 peratus, China (5.2 peratus), Thailand (4.7 peratus), Korea Selatan (4.4 peratus) dan 4.2 peratus bagi Singapura.
Ketua Pasaran Mercer Malaysia Koay Gim Soon berkata pasaran buruh Malaysia terus memaparkan unjuran positif, yang diperlihatkan dengan trend kenaikan gaji, meskipun mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada 2023 berbanding tahun sebelumnya.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan sektor individu sebahagian besarnya kembali meningkat seperti paras sebelum pandemik, dan pelbagai petunjuk ekonomi turut menunjukkan pertumbuhan selanjutnya pada tahun akan datang.
"Malah, lebih separuh daripada peserta dalam kajian ini menyatakan keinginan untuk meningkatkan peruntukan penggajian pada 2023 dan 2024 yang dilihat sebagai isyarat positif bagi syarikat dan pekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kajian itu yang dijalankan antara April dan Jun tahun ini menghimpunkan data daripada 668 syarikat multinasional (MNC) melibatkan 15 industri di Malaysia.
Secara keseluruhannya, kenaikan gaji median di Malaysia menunjukkan trend peningkatan, menokok daripada 4.8 peratus pada 2022 kepada 5.0 peratus pada 2023.
Industri tenaga dan teknologi tinggi menjadi peneraju kepada kenaikan gaji di Malaysia pada tahun ini dengan mencatat pertumbuhan gaji median, masing-masing pada 6.5 peratus dan 6.1 peratus, diikuti dengan barangan pengguna dan pembuatan pada 5.0 peratus.
Bagaimanapun, industri sains hayat yang mencatat kenaikan gaji tertinggi pada 2022 sebanyak 7.7 peratus mengalami penurunan kepada 4.3 peratus pada 2023, manakala sektor kelengkapan pengangkutan merekodkan kenaikan terendah pada 3.6 peratus bagi 2023.
"Pada 2022, penggiat utama dalam industri tenaga telah mencatat keuntungan dan melaburkan semula sebahagian daripada pertumbuhan pendapatan untuk menambah baik strategi pampasan mereka bagi menarik dan mengekalkan bakat terbaik.
"Kenaikan gaji bagi industri berteknologi tinggi pula, sebahagian besarnya dipacu oleh lonjakan permintaan dalam kemahiran digital dan teknologi seperti data raya dan kecerdasan buatan di Malaysia," kata Koay.
Dari segi bayaran bonus di seluruh industri pada 2023, kajian itu mendapati nilai median yang konsisten dengan purata 2.2 kali ganda gaji pokok bulanan.
Sektor perkhidmatan bersama dan penyumberluaran pula mengekalkan unjuran bonus tertinggi sebanyak 2.4 bulan, namun industri runcit dijangka mengalami penyusutan ketara daripada 2.5 bulan pada 2022 kepada 1.5 bulan pada 2023.
Pelarasan ini menunjukkan paras bonus kembali seperti sebelum pandemik selepas syarikat runcit memberi bonus lebih tinggi berbanding biasa pada 2022 berikutan pemulihan pasca pandemik.
Sementara itu, sektor teknologi tinggi mencatat peningkatan ketara unjuran bonus, menokok kepada 2.2 bulan pada 2023 berbanding 1.8 bulan pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Koay Gim Soon berkata pasaran buruh Malaysia terus memaparkan unjuran positif, yang diperlihatkan dengan trend kenaikan gaji, meskipun mengalami pertumbuhan ekonomi yang sederhana pada 2023 berbanding tahun sebelumnya. - Foto Mercer

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Purata gaji di Malaysia dijangka naik 5.1 peratus pada 2024 - Kajian Mercer
Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, menurut Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer.