IPOH: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), J. Soosaimanicckam.
Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian J. Soosaimanicckam yang meninggal dunia semasa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei 2018 adalah disebabkan edema pulmonari.
Ainul Shahrin berkata menurut laporan mendiang terbuang air besar ketika mandi, sebelum tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, dan disahkan meninggal dunia selepas itu.
Keputusan itu dibuat di hadapan ahli keluarga mendiang yang hadir ke kamar mahkamah iaitu bapanya S. Joseph, 70, abangnya, Charles Joseph, 37, dan sepupunya Vincent Lourders, 56, dan peguam keluarga itu Zaid Malek dan Mahajoth Singh.
Di luar mahkamah Zaid berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Ipoh, setelah perbincangan diadakan dengan ahli keluarga.
Beliau berkata terdapat banyak bukti dan persoalan yang tidak terjawab, antaranya apakah yang menyebabkan edema pulmonari, yang dikatakan sebagai punca kematian.
"Mendiang masuk ke dalam latihan TLDM sebagai seorang yang sihat, melepasi ujian kesihatan, layak untuk menjalani latihan, tetapi seminggu selepas menjalani latihan, dia meninggal dunia.
"Dia juga tidak dibenarkan mendapat rawatan awal, sedangkan jika dia diberikan rawatan awal, dia mungkin dapat diselamatkan," katanya.
Manakala Joseph (bapa) mendakwa, Ketua Unit Forensik Hospital Seri Manjung Dr S. Saravanan yang melakukan post moterm ke atas mendiang dan juga saksi dalam inkues berkenaan, bukan pakar dan tidak berkelayakan untuk menentukan penyebab kematian mendiang.
Terdahulu pada 19 Mei 2018, Soosaimanicckam yang ketika itu berusia 27 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut.
TLDM dalam kenyataan media pada 20 Mei 2018 memaklumkan, Pegawai Kadet Graduan (PKG) itu mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapannya selepas selesai menjalani latihan fizikal, yang merupakan rutin harian pelatih pada pukul 12.20 tengah hari.
Susulan itu, Soosaimanicckam telah diberikan bantuan penafasan dan rawatan lanjut oleh doktor yang bertugas, sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.45 petang.
Mendiang melapor ke Kapal Diraja (KD) Sultan Idris bagi menjalani latihan kursus kelayakan pegawai graduan, pada 12 Mei 2018.
Ketua Polis Daerah Manjung ketika itu, ACP Muhammad Hanif Othman berkata hasil siasatan forensik mendapati mangsa maut akibat paru-paru berair dan mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau serangan fizikal, serta mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Bagaimanapun, keluarga mendiang kemudian menuntut TLDM dan polis memberi penjelasan terperinci berhubung kematian itu, dengan mendakwa timbul kemusykilan berhubung punca kematian Soosaimanicckam, memandangkan laporan awal menyatakan beliau meninggal dunia akibat paru-paru berair, sedangkan laporan perubatan sebelum menjalani latihan menyatakan mendiang seorang yang sangat sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2023

Keluarga mendiang pegawai pelatih J.Soosaimanicckam, S. Joseph, Charles Joseph dan Vincent Lourders yang hadir ke Mahkamah Koroner Ipoh hari ini bagi mendengar keputusan inkues punca kematian pegawai itu. - fotoBERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Mahkamah tolak saman keluarga mendiang Soosaimanicckam
Keluarga mendiang bekas pegawai kadet TLDM J Soosaimanicckam gagal dalam tuntutan saman terhadap 11 individu termasuk pegawai TLDM dan Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Seorang pegawai TLDM menafikan bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali.

Pegawai kadet TLDM tolak tiga kali untuk dapatkan rawatan walaupun lemah - Saksi
Seorang pegawai TLDM memberitahu Mahkamah Sesyen mendiang J. Soosaimanicckam pernah tiga kali menolak untuk mendapatkan rawatan walaupun kelihatan lemah.

Kematian pegawai kadet TLDM: Polis tunggu arahan lanjut TPR
Polis Perak menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung desakan membuka semula siasatan kes kematian pegawai kadet TLDM, J Soosaimanicckam.

Mahkamah Tinggi putuskan kematian pegawai kadet TLDM sebagai kes homisid
Punca kematian ialah edema pulmonari disebabkan oleh Leptospirosis dan akibat langsung daripada tindakan menafikan rawatan perubatan kepada mangsa.

29 Julai keputusan rayu keputusan inkues mendiang Soosaimanicckam
29 Julai ditetapkan bagi memutuskan rayuan terhadap keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet TLDM, J. Soosaimanicckam.

Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan

Mulut pegawai kadet TLDM berbuih, tapak tangan berdarah sebelum meninggal dunia - Saksi
"Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke biliknya, dia kemudian duduk di katil..."

Punca kematian pegawai kadet TLDM: Mahkamah koroner putuskan keputusan terbuka
Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), J. Soosaimanicckam.

Siasat secara adil kes kematian J Soosaimanicckam - Mohamad Sabu
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut memberi jaminan siasatan kes itu akan dijalankan secara bebas dan adil.